Dilema sorg bakal ibu, isteri, anak dan kakak sulung

As'salammualaikum. Hai mummy semua. Sy sekadar nk luah perasan sy ketika ini. Sy anak sulung. Br je kawen pada bulan 2 di usia 35 tahun. Alhamdullilah rezeki Allah, sy dan suami dkurniakan rezeki anak. Skrg sy dh 22w. Sy dan suami PJJ. Sorg semenanjung sorg borneo. Sy duduk bersama keluarga di semenanjung. (Ni rumah sy beli utk keluarga sy 10 tahun lps. Sbb kami bukan org asal negeri ni). 3 hari lps jd 1 isu. Raya aidiladha ni sy balik kg suami sbb adik beradik suami buat korban. Dlm masa yg sama adik bongsu sy nk masuk meminang sekali bertunang raya lps. Kami br tau pun 2 3 hari sebelum kejadian sdgkan sy mmg dh bgtau keluarga raya aidiladha ni sy balik ke kg suami. Slh sorg adik ckp, aku tanya je, ko x nak ke tgk adik ko sendiri bertunang? Sy jwp, dh janji nk raya sana ni. Dr lps raya puasa suami dh bgtau nk buat korban tahun ni. Jd sy dh bgtau family awal. Rumah Kami xde bilik extra dan dh brape kali suami balik sini, kami akan menginap hotel brg semalam dua. 3 hari lps Ada slh sorg adik sy ckp sy x hormatkan mak ayah. Sy dh berubah sejak kawen. Sy lebihkan suami dr mak ayah. Demi Allah sy xde abaikan mak ayah sy. Sy nagis minta maaf dgn mak ayah sy. Sjk pregnant ni sy selalu penat. Tenaga sy cpt hbs. Ye sy akui sy jd pemalas. Sy de alahan yg x tetap. Kdg sy muntah, kdg penat melampau, kdg sakit kepala sgt². Sy de masalah slip disk, bila pregnant lg cpt sakit pinggang sy ni. Sy juga cepat panas badan, jd sy tido luar banding tido atas tilam sy sendiri dlm bilik (kami kongsi 4 beradik perempuan dlm 1 bilik). Sy akui suami ajak tido hotel kalo dia balik sy ikutkan. Ni la masa sy nk bermesra dgn suami. Suami pulak nk jaga batas aurat adik² perempuan sbb kami tido luar bilik kt ruang tamu kalo suami balik. Ruang tamu ni sebelah bilik adik perempuan. Adik sy pernah ckp org lain pun pregnant tp x mcm sy asik tido baring je kerjanya. Sy jd double pemalas sjk pregnant katanya. Sy diamkan je. Sy nk jaga emosi sy sendiri. Tp bila kena br² ni sy nagis. Ayah ckp ayah faham keadaan sy yg duduk tgh² antara adik dan suami. Cuma ayah suh sy pandai bahagi masa. Mak pulak ckp adik² gase kehilangan sbb sy kawen agak berusia, masa adik² dgn sy lbh banyak. Bila sy kawen sy pregnant, adik² gase sy jauh. Lbhkan suami. Sy sedih sgt². Sy gase stress. Sy gase x tau nk buat mcm ner. Sy cuba kawan emosi sy tp x dpt. tetap airmata ni mengalir. Dlm family sy yg 1st kawen. In Sha Allah akn menyusul lg hjg tahun ni. Spjg pregnant apa adik² ckp sy diamkan aja. Buat bodoh. Suami suh buat derk je. Suami ckp jgn fikir bukan² tp sy dh x mampu kawal emosi sy sendiri. Sy hanya nk luah perasaan sy je. Maafkan sy. #dilemaibubaru

24 Balas

Kita perempuan, kalau dah kahwin. Utamakan suami dlu. Sebab merekalah keluarga yang terdekat kita skrg. Sy tak faham kenapa keluarga sis nak guilt trip, nak buatkan sis rasa bersalah, sedangkan sis dah inform awal2 kan nak balik kg suami. Just because sis ni sulung, jadi kena ikut lah everything? Sekarang ni, sis bukanlah di bawah jagaan keluarga. Sis di bawah jagaan suami. Sis pun dah dewasa , dah kahwin. Keluarga sis mesti faham yang sis dah ada keluarga sendiri. Tgh sarat mengandung lagi. Takkan family tak faham betapa mencabarnya mengandung ni. Just because dia tgk org lain ok je time mengandung. Tak semestinya org tu actually ok the whole pregnancy. Ada yg tak sakit langsung, ada yg sakit. Everyone is different. Tolong abaikan apa family sis nak ckp, pekakkan telinga. Keluarga sy sendiri, kalau sy rsa mereka out of boundary. Nak talk sh**t about my husband and my family. I choose to ignore them, taknak layan dah. I layan je mcm biasa, tpi kalau mereka nak minta tlg something mmg i taknak tlg. Mmg nampak kejam. Tpi bagi sy kalau mereka disrespect me and my family, they don't deserve any ounce of my respect. Sis chill je, jgn stress. Focus on your baby. Buat derrkk je drama tv3 tu, bukan sis subscribe pun 🤭

ckp kt adik suh bljr agama lagi eh... perempuan lps bernikah,ayah dah lepas tanggungan,pas kat suami..kalau nk ckp lebihkan suami,mmg kne lebihkan/ikut ckp suami selagi x bertentangan dgn hukum syarak.. lg 1,adik sis ni x baik ckp mcm tu,pemalas mse ngandung..kita sis ngandung mmg penat sis..sbb kita bawak roh dlm rahim kita..roh yg membesar mjadi jasad...bak kata Ustaz Azhar Idrus,roh masuk dlm roh..sbb tu ada alahan semua tu... adik sis kalau x fhm,ckp je kt dia,"nnti kau kawen,kau pregnant kau fahamlah..xpe,skrg aq tahu kau x fhm.." mcm adik sye jgk..sye rehat lbih sikit dia kata sye pemalas bila balik rumah mak sye..tu sye malas nk blik rumah mak sye mse ngandung..pulak dituduhnya dh x fikir psl family,dh x reti nk blik rumah mak sendiri.. tp mujur la sye dgn adik2 jenis ckp tegas dan tegak..sye sound je adik2 sye tu kalau tak faham jgk tgn sye naik ke dorang😂 mudah2an Allah permudahkan urusan sis.. taatlah pada suami sis..dia sendiri tahu nk jge batas dgn adik2 sis... abaikan apa org2 kata/adik tu nk kata apa,biaq pe lantak la..tak pun sis bertegas bila dia persoalkan sesuatu... jangan stres2 ya sis..kesian baby comel dlm peyut tuuu🥰 Semoga dipermudahkan segala urusan nya🤲🏼❤️

bila kita perempuan dh berkawin, kita kena ikut ckp suami. wajib suami kite dahulukan . ibu bapa dah jadi no 2. adik2 apetah lagi. xde istilah, awk lebih kn suami. sbb itu mmg selayaknya. apa2 kena dahulukan suami. biar la adik2 ckp awk lebih kan suami sekali pun. sye fhm perasaan bila terpaksa duduk dkt ruang tamu. saya masa bru2 kawin dlu pon mcm tu. husband dkt rumah xde bilik. jadi mmg tido ruang tamu. so sye pilih pjj. bila dia nak jumpa sye, die balik rumah sye. bila sye balik rumah in law, sye pilih utk duduk hotel. dorg pon fhm, org dah kawin. xkan nak bermesra dpn² adik beradik lain dkt ruang tamu pulak kan. lps 9bulan kawin, sye pilih utk ikut husband. sbb dh dpt rumah sewa waktu tu. husband dh tunaikan tanggungjawab sediakan sye tempat tinggal, jadi sye pulak tunai kan tanggungjawab sye as isteri. nasihat sye, awk ikut lah suami. rumah yg awk beli tu, bgi je adik2 dgn mak ayah tinggal. tapi awk pegi ikut suami, suruh suami carik rumah sewa. sbb yg elok bila kita dh kawin ni, biar lah hidup sendiri. bila tgl dgn family ni byk yg busuk dri wangi. x kira family sendiri or family in law. dari situ la kite la belajar hidup susah sng dgn pasangan.

semoga puan kuat semangat ya...utamakan suami dan anak nanti...

alhamdulillah.. bagus suami u, sangat2 memahami. itu lah yg sangat penting. dan u pulak, jangan sesekali belakangkan suami atau tak utamakan dia dalam apa2 jua keputusan atau apa2lah. appreciate dia tau. pasal famili tu, xpe. diaorg tu sebenarnya terasa kehilangan. diaorg agak cemburu sebenarnya sebab u dah kurang masa bersama dengan mereka. yela dah kawen, ada life sendiri pula kan. so, menda no normal je. kena ambil masa sikit untuk diaorg biasakan. tambah lagi u adalah orang pertama yg kawen. jangan risau. nanti ada masa2 yg sesuai, slow talk dengan diaorg. susun ayat baik2.. cerita elok2 .. cuba bagi diaorg faham u punya situasi. dulu kakak belum kawen, banyak masa dengan u olls. skg kakak dah ada suami. masa yg ada kakak kena bahagi degan suami.. dan coming soon dengan anak pula. sayang tu bukan tak sayang tapi tanggungjawab dah bertambah.. cuba kalau adik dah kawen .. dan dalam situasi kakak. takkan adik nak biarkan suami adik mcm tu je. suami tu pula ada juga famili, nak kena ambil tahu juga. then apa fungsi kawen? kalau kakak tak jaga suami, dan jaga juga famili mentua sana? xnak yg sana dan sini kecil hati.

Pertama sekali sy nak minta maaf ya sis kalau komen sy ni buat sis terasa / emosi. Sy xda niat nak pecah belahkan hubungan sis dan keluarga tp kita isteri dalam islam, lepas kawin.. kena selalu ingtkan diri kita bahawa suami kita selagi dia x bg arahan melanggar syariat islam/syarak maka kita wajib taat padanya. Sis mention rumah sis beli, adik sis tu blh x belajar bersyukur bukan besar kepala sgt. Ada rumah tumpang kakak beli patutnya berterima kasih la. Hubungan kita adik beradik akan satu masa nt tetap akan bw haluan masing² bila dah kawin.. kita prmpn xblh nafikan hakikat tggjwb kita pd family lps kahwin akan ada perbezaan.. sis mengandung, tlg jaga emosi sis.. dan tuntutan pertunangan & korban tu sis blh fikir mana lg penting dlm agama. Sis penat, sis rehat. Sis sakit, sis jaga diri sis. Hidup ni kdg kala mmg kena pentingkan diri kita sbb xsemua benda dlm dunia blh puaskan hati semua pihak. Jaga perasaan sendiri, kesihatan sendiri sebelum nak jaga org lain ya. Setiap nikmat hadir selepas datangnya ujian sis. Moga baik² buat sis

VIP Member

Assalamualaikum, sis. apa yang mampu sis seorang hebat kerana sis kuat dan mampu bersabar dengan kerenah adik beradik sis. tak apa sis.. sis kuatkan hati sis untuk hati sis sebab mereka masih belum mengalaminya. lagipun ada adik sis yang bakal menamatkan zaman bujang kan, nanti dia juga akan merasainya. tak apa sis. selagi sis mampu bertahan, sis bertahan. mohon doa pada yang satu untuk kuatkan hati sis. untuk keluarga sis, lama2 dorg akan diamlah tu.. sebab sekarang dorg belum melaluinya lagi. tu yang boleh kata macam2.. tak apa sis. yang penting sis masih jalankan tanggungjawab sis sebagai seorang anak. insha Allah, sis seorang anak, isteri dam isteri yang hebat. semoga Allah sentiasa merahmati sis. untuk masalah slip disk, sis cubalah cari doktor kiropraktik. cuba tanya mereka, adakah masalah slip disk yang sis hadapi ni boleh dirawat. cari pakar yang betul2 pakar ya. kalau nak search, cuba search Chiropractic Center. semoga Allah permudahkan segala urusan sis walau di mana jua sis berada.

Sis, jujurlah baik awak bawak hincang dgn mak ayah & suami awak mcm mana. Adik2 tu biarkan je, dieorg xrasa apa yg awak rasa suatu hari nnt Allah akan bls blk entah lebih dr apa yg awak rasa jgn terlalu riak @ sombong ckp itu ini pasal org mengandung. semua pompuan akan merasa moment yg sama inshallah kalau ada rezeki Allah. awak bincang dgn mak ayah & suami awak mcm mana,sbb awak dh belikan rumah tu agak lama untuk family awak, samaada awak yg perlu sewa rumah lain untuk keselesaan awak. Sbb tengok keadaan cta awk pun sampai berkongsi bilik ramai2 tu agak penuh la rumah tu. Skrg kan awak tgh mengandung pendapat sy baik awak cari rumah sewa lain,nnt ada anak bertambah2 lagi isu awak jd stress. Bahaya stress ni nnt boleh terbawak2 tekanan perasaan melampau, takut awak terlepaskan marah kpd anak pulak nnt. Baik memghindar sebelum makin teruk mslh awak ni awak. Harap awak dpt pertimbangkan semua tu elok2

sy pun alami benda yg sama. sy satunya yg berkerja dlm fmily. bila dah kawin sy masih tanggung 100% mkn minum adik beradik n org tua. bila dah ada ank. sy struggle nak bahagikan komitmen utk perbelanjaan ank sy dan utk adik beradik sy. smpai tahap kdang2 utk ank xcukup. lama kelamahan sy sedar bila adik sy p holiday dgn kwn2 dia gembira ketawa2 post gmbr sna sini tpi masa tu sy kesusahan.. yg ada msa tu sy dgn suami serta ank sy ja. sy xda apa2. rumah pun rumah sewa sedangkan adik beradik, sy laburkan smua duit sy selama berkerja selama 8 tahum utk lengkapkan segala keperluan utk mereka. pernah adik sy ckp sy lupa kluarga sejak ada fmily sendiri sebab xkirim duit. sy suru dia cri maklumat sepa yg lebih layak mkn duit sy. antara adik beradik atau ank. dia sendiri yg malu dgn kata2 dia. sejak dri tu dia xpernah ckp benda2 begitu.

Sya harap adik awak dah sedar, jgn nak bergantung pada kakak lagi. Ada otak, tangan dan kaki sudah tiba masa utk berdiri sendiri.

Semoga sis tabah melalui cabaran waktu pregnant ye 🙏😊 nasib baik suami sis sgt understanding dan just want u to be comfortable. Maaf ye berkata begini. Adik2 u very selfish la. Mcm mana boleh kata u double malas time pregnant, sye pregnant 5 bulan terlantar kat katil sebab alahan tau.. Sis lagi2 ada slipped disc, apa lagi bila baby dah sampai 7-8 bulan it will be very painful. Sis dah besar, dah boleh make your own decisions. Sudah tiba masa utk focus pada family suami dan anak sendiri, adik beradik takde hak nak masuk campur. This is life. This is what happens lepas dah berkawen, semuanya akan berubah. Jangan terlalu menghukum diri awak. Give yourself more compassion. Satu hari nanti adik2 awak akan lalui benda yg sama juga. Sis patut buat keputusan demi sendiri, family dan baby mulai skrg. Semoga dipermudahkan urusan😊💗

maaf tya, knapa x ikut je duduk ngan husb?.. sy nombor 2, adik bawah smua 4 prempuan, sy dr kecik hidup dibanding2kan. mak jenis kuat memyindir drpd kami kecik. habis spm sy tekad belajar jauh2, habis U kerja pun jauh. dah kawen sy trus dok ngan husb.. sejak kawen, 4 adik prempuan sy jd rapat smpai ada group ws sendiri.. lpas kawen apa2 info berkaitan family sy yg paling last tahu, klau dyorang x ckp apa2, lansung sy x tahu perihal family. kdg rasa diri ni dibuang family tnpa sedar.. lama2 sy pikir lantaklah, selama ni pun sy bukan yg jnis suka susahkan org hatta family sndiri, nak apa smua usaha sndri. ckup pantang 2 bulan in Feb hritu sy trus balik rumah sndiri wlaupun dok kampung mak yg jaga sy. x kuat sy rasa nk jaga baby klau husb xda. 2cents.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan