Prosedur d&c

Salam semua,saya nak tahu ada tak sesiapa yang pernah melalui proses d&c?saya diagnos janin tiada denyut jantung dan hanya usia dlm 7 weeks walaupun jika ikutkan janin spatutnya 11 weeks...doctor ada bagi masa utk "gugur" secara alami tp janin melekat di rahim dan jika tiada aral,next week saya akan go through prosedure tu 1. adakah prosedur tu menyakitkan selepas kita dah buat d&c 2. prosedur di hospital kerajaan dan swasta...yang mana lebih ok? Harap ibu2 yang pernah melalui proses ni boleh share pengalaman dengan saya,terima kasih

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pun sama macam awak masa pregnant first dulu dear. Saya kena warded 3 hari, malam sebelum dnc tu dh start kena puasa pukul 12 sebab nak dnc pagi. Pukul 6 dr bagi ubat lembutkan rahim and masuk air. Lepas tu pinggang rasa senggugut and darah turun sikit. Bukaan 1cm nurse terus tolak masuk ot room. Bius and masukkan ubat tu jela kena tahan sikit, sebab cucuk kat tulang belakang. then lepas tu kaki kebas terus tak rasa apa. Rasa gegar2 sikit je 🤣 Lepastu siap. Kena sambung puasa sampai kesan bius hilang. 1st kencing ngilu sikit tpi okay je. Pastu dah tak sakit pun.

Baca lagi
6y ago

Saya ari tu tya Dr sakit ka d&c?dia cakap saya bagi puan "tidur"