Menyesal

Hi salam semua. Saya nk meluahkan perasaan sy.. Saya sedih sbb susu badan saya dah takde.. Dulu banyak tapi disebabkan kebodohan saya, susu sy dah takde skrg. Sy sengaja stopkan susu badan nak bagi susu formula punya pasal kononnya nk suruh badan bby naik cepat supaya gemok. Tp Allah tak makbulkan permintaan sy sbb dia tahu niat saya.. anak sy tak naik2 pun badan sampai skrg. Kecik je dan kurus wlpun dah 4 bulan. Skrg sy menyesal org sekeliling duk ckp menyusu badan lagi elok sbb anti body anak lagi kuat ☹️☹️☹️ saya menyesal sgt. Ibu2 tahu tak mcm mana nk bagi susu badan ada balik? Mustahil tak? Sy nk anak sy sihat selalu, kesian dia ????

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis kerapkan bagi anak menyusu badan. Kurangkan slow2 susu FM. Susu badan ni demand vs supply. Kalau ada demand. Ada ransangan melalui hisapan baby atau pam. In sha Allah ada. Dan mind set kena positif. Saya dulu dr anak sy day1 sis. Sampai 40 hari campur susu. Sebab anak tak pandai isap direct. Saya dlm hari bercinta dgn pam. Setiap 2 jam saya pam. Tu pun tak cukup terpaksa topap FM. Bila anak sy pandai hisap direct. Sy terus terus stop FM walaupun susu anak sy minum masa tu enfalac ada separuh lagi. Hati ni nekad betul. Sampai harini anak sy masih fully bf. Anak nak masuk 7 bulan. Berat anak ok. 8 kg dah. Jangan give up sis. Boleh join group happy breastfeeding malaysia kat fb untuk pelbagai info berkaitan penyusuan ibu.

Baca lagi