Tiada buku pink
Salam semua. Saya mengandung 5 bulan. Saya tidak check up di klinik kesihatan. Saya buat di klinik swasta hanya sekali dan ada kad sahaja. Kemudian bulan berikutnya, saya terus buat booking bersalin di ppum dan check up di sana. Ppum simpan rekod saya dalam sistem komputer jadi tiada rekod pada saya. Apabila diminta buku pink, saya tunjukkan kad klinik swasta tersebut, doktor ambil dan baca sahaja dan tidak tulis apa apa. Anak pertama kedua saya checked up di klinik kesihatan dan ada buku pink. Kali ini saya tiada buku pink. Adakah akan ada masalah dengan keadaan ini?