Ada ni tanda meroyan

Salam semua, saya dalam pantang 4minggu, sy tak tahu tiba perasaan benci tengok suami n ank.. kadang sy rasa mcm jiwa kosong , air mata keluar sendiri, sy dah cuba banyak ingat allah tapi perasaan makin kuat... #pleasehelp #firstmom #bantusharing

21 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya lepas beranak jadi menyampah dengan suami 😅 dia baik je, cuma maybe saya terlalu penat jaga anak sebab tak cukup tidur setiap hari. Bila saya dah tak tahan sgt stress kat rumah, saya mintak suami bawak jalan walaupun setakat pusing2 naik kereta. tak dinafikan perasaan sedih, marah & kosong tu mungkin disebabkan kita sebagai ibu yg keletihan. Takpe puan, cuba luahkan dengan suami atau family members yg dipercayai. Kalau boleh puan jgn ddk bersendirian, ajak lah sembang atau ddk dengan ahli keluarga supaya tak terlalu sunyi. kalau dah buat mcm2 tapi masih tak boleh nak buang perasaan tu, saya cadangkan puan beritahu pada nurse yg jaga puan semasa checkup nanti. minta pendapat , kalau perlu dapatkan rawatan lanjut, segeralah bertindak ya.

Baca lagi