9 weeks pregnancy but 6 weeks scan

Salam semua harini saya tak ada mood sebab benda yang saya takut mungkin berlaku, nervous sangat nak scan sebab my first scan I was supposed to be 6 weeks but doc ckp I am 5 weeks and ada sub hermo… doc bagi duphaston alhamdulillah 2 weeks straight no spotting. Semalam ada dischsrge bersama dgn brown spotting and do suruh dtg check and harini sepatutnya 9 minggu tapi doc cakap size baru 6 minggu. Saya tanya doc pun tk boleh nak bagi apa apa berita cuma suruh tunggu lagi 2 minggu for next check up. Apa apa pun jadi I redha tapi penatnya dulu kita tengok pregnancy is exciting but reality macam macam perasaan ada . Saya minta kalau ada siapa siapa yang boleh share pengalaman lebih kurang. I’m okay. Gambar 1st, first scan 2nd yang hari ini #firsttimemom #firstbaby #pregnancy #ingintahu

9 weeks pregnancy but 6 weeks scan
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Macam kes saya tahun lepas, missed miscariage.. Baby sepatutnya dah 7w6d, tapi baby still 5w6d(Dr ckp baby dah lama takde, dah meninggal dlm perut sebab mmg takde heartbeat.. Saya mmg refer pakar start tahu pregnant sebab LMP jauh beza dgn umur baby & ada appointment dgn Dr Pakar every 2weeks).. then Dr suruh repeat lagi 2 minggu utk scan tapi dlm masa yg sama Dr bagi saya pilihan samada amik ubat utk kecutkan baby then baby akan jatuh sikit2, cuci (D&C) @ nak tunggu gugur sendiri.. Saya taknak guna ubat @ cuci, saya pilih utk gugur sendiri.. baby saya jatuh sendiri time genap 10w, Alhamdulillah tak perlu cuci sebab semua dah keluar dgn sempurna Pengalaman saya sepanjang pregnant mmg takde bleeding pun.. Selepas scan 7w6d tu mmg takde tanda2 bleeding jugak, tapi masuk je 9w baru laa ada bleeding sikit2 ~~ then 9w5d & 9w6d dah keluar darah mcm period, genap je 10w baru baby turun sendiri.. Kebiasaannya, Dr akan beri tempoh 2minggu.. if 2 minggu tak gugur jugak, Dr akan bagi pilihan cuci @ guna ubat.. Dr bagitau saya, if dah lepas 2minggu tu baby tak turun lagi tapi nak tunggu jugak baby turun sendiri pun BOLEH, tapi Dr bagitau saya boleh bagi infection kat rahim kita if baby yg dah lama meninggal tak keluarkan cepat2.. risiko tanggung sendiri.. Semoga dipermudahkan urusan awak 🤲🏻 if irregular period, InsyaAllah takde apa.. tapi mcm saya mmg irregular & mmg no progress pembesaran ikut timeline sepatutnya..

Baca lagi
3y ago

saya pregnancy kali ni pun, kes beza dgn LMP 3minggu.. pegi klinik biasa, Dr tu mmg general.. saya push2 dia tak berani nak kata apa katanya ~ then Dr tu refer ke Pakar KPJ, Alhamdulillah baby still ada heatbeat & aktif sgt2.. Alhamdulillah skrg dah 17w ~ ni baby saya selepas gugur tahun lepas.. tapi pregnancy kali ni, mmg dah ada heatbeat masa 8w tu.. cumanya time 10w tu, Dr kat klinik biasa tu tak jumpa shape baby dgn jelas (tapi still ada heatbeat & nampak ada pergerakan cuma takleh nak nampak shape baby dgn jelas.. Dr tu ingatkan baby tak membesar lagi tu yg dia refer terus ke pakar sebab katanya kalau dah 10w sepatutnya dah nampak shape baby yg jelas dr head to the bottom of their buttocks) InsyaAllah, tggu je next appointment awak.. semoga dipermudahkan semua urusan awak & suami awak 🤲🏻 semoga rezeki kamu berdua Aamiin