Sesi Tanya Pakar Bersama Mr. Wan Mokhsen Wan Mohammed di FWD Group.

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Zaman sekarang ni, masih terdapat ramai yang cuba untuk mengelakkan diri daripada mengambil insurans. Ada yang kata masih tidak perlukan. Ada juga yang cakap harga bulanan yang terlalu mahal. Adakah anda semua tahu tentang jenis-jenis insurans? Apakah yang membuatkan anda tidak mahu mengambil insurans? Tahukah anda apa itu insurans? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang apakah yang membuat anda tidak mengutamakan pengambilan insurans bersama Mr. Wan Mokhsen Wan Mohammed MYS (Assistant Manager, New Business Model) di FWD Group pada 25 Mei 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Mr. Wan Mokhsen Wan Mohammed di FWD Group.
11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Saya hanya mencarum 1 sahaja takaful. Takaful Pekerja di bawah syarikat takaful pertama di Malaysia. Ini saya mencarum pada umur 20-an selepas graduasi dan bekerja sementara. Masih mencarum hingga sekarang sebab mampu bayar dlm puluhan ringgit shj. Takaful lain, dah tak boleh nak beri komitmen mencarum & sudah lapsed kerana tidak berkemampuan utk meneruskannya. Caruman ratusan ringgit juga. Sekarang, saya tidak bekerja. Suami yg bayarkan caruman takaful² lain utk saya.

Baca lagi
2y ago

Berakit-rakit ke hulu, berenang renang ke tepian, bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian. Peribahasa lama ini mencerminkan pengorbanan yang kita lakukan. Saya akui, sesetengah pelan perlindungan di luar sana mungkin sedikit mahal dari kemampunyan kita. Namun, sebagai pengguna, perlindungan yang kita perlukan haruslah sesuai dengan kemampuan sedia ada serta mementingkan keperluan semasa dan masa hadapan. Di FWD Takaful, kami mampu membantu anda meringankan beban komitmen takaful bulanan anda. Sebagai contoh, perlindungan hibah sekeluarga (ayah, ibu dan dua orang anak) sebanyak RM100,000 setiap seorang melalui FWD Protect Direct hanya serendah RM50 sebulan. Jangan risau, kami bersedia membantu anda. InshaAllah. Hubungi kami di 1300-13-7988