Rumusan Sesi Tanya Pakar: Cara Untuk Kuatkan Imunasi Anak Kecil!

Hello! Zaman sekarang ni anak-anak kecil mudah dijangkiti penyakit bukan? Ada tak dikalangan anda yang anak kerapa sakit, contohnya dalam sebulan 2-3 kali sakit? Kita sebagai ibu jangan ambil mudah ya, kerana sekarang terdapat macam-macam bakteria. Kita sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab pasti tertanya-tanya cara untuk kuatkan imunisasi badan anak, makanan untuk kuatkan imunisasi badan, vitamin yang boleh diambil dan selamat untuk harian? Jangan risau, saya sedia untuk membantu. Jom baca gambar di bawah dan juga jawapan di ruangan komen!

Rumusan Sesi Tanya Pakar: Cara Untuk Kuatkan Imunasi Anak Kecil!
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

hi Dr... bole kongsikan cara tuk kuatkan imunisasi anak atau vitamin yg sesuai untuk anak yg picker eater?

3y ago

Masalah 'Picky Eater' elok di rujuk kepada dietitian atau pakar permakanan. Ada cara untuk menggalakkan kanak kanak kecil makan, contohnya anak kecil lebih setahun yang tak nak kunyah boleh diberikan telur separuh masak yang akan memberikan protein yang diperlukannya untuk tumbesaran. Anak yang tak nak makan sayuran mengakibatkannya sembelit boleh ditaburkan 'bran' serbuk serat (boleh beli di farmasi) di atas buburnya. Immunisasi penting, tapi permakanan seimbang tidak ada gantinya.