Rumusan Sesi Tanya Pakar: Cara Untuk Kuatkan Imunasi Anak Kecil!

Hello! Zaman sekarang ni anak-anak kecil mudah dijangkiti penyakit bukan? Ada tak dikalangan anda yang anak kerapa sakit, contohnya dalam sebulan 2-3 kali sakit? Kita sebagai ibu jangan ambil mudah ya, kerana sekarang terdapat macam-macam bakteria. Kita sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab pasti tertanya-tanya cara untuk kuatkan imunisasi badan anak, makanan untuk kuatkan imunisasi badan, vitamin yang boleh diambil dan selamat untuk harian? Jangan risau, saya sedia untuk membantu. Jom baca gambar di bawah dan juga jawapan di ruangan komen!

Rumusan Sesi Tanya Pakar: Cara Untuk Kuatkan Imunasi Anak Kecil!
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Good day Dr Lim, saya ibu kepada 3 orang anak berumur 7 tahun,3 tahun & 2 tahun. anak anak saya mudah terkena batuk berkahak, selsema & kadang demam pada waktu malam. saya tidak memberikan apa apa vitamin tambahan. hanya daripada buah buahan. adakah apa apa tips yang boleh doktor kongsikan untuk kesihatan anak yang lebih baik?

Baca lagi
3y ago

Sekiranya yang berumur 2 atau 3 tahun masih ada tabiat menggigit jari sendiri atau memasukkan bantal ke dalam mulut, kadang kadang Probiotic membantu usus mereka mengendalikan kuman kuman yang termakan. Kalau berlarutan, elok jumpa pakar kanak kanak dekat rumah anda, untuk memastikan tidak ada faktor lain yang perlu dirawat, seperti resdung dan sebagainya