Rumusan Sesi Tanya Pakar: Cara Untuk Kuatkan Imunasi Anak Kecil!

Hello! Zaman sekarang ni anak-anak kecil mudah dijangkiti penyakit bukan? Ada tak dikalangan anda yang anak kerapa sakit, contohnya dalam sebulan 2-3 kali sakit? Kita sebagai ibu jangan ambil mudah ya, kerana sekarang terdapat macam-macam bakteria. Kita sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab pasti tertanya-tanya cara untuk kuatkan imunisasi badan anak, makanan untuk kuatkan imunisasi badan, vitamin yang boleh diambil dan selamat untuk harian? Jangan risau, saya sedia untuk membantu. Jom baca gambar di bawah dan juga jawapan di ruangan komen!

Rumusan Sesi Tanya Pakar: Cara Untuk Kuatkan Imunasi Anak Kecil!
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai Dr, Macam mana cara umtuk tingkatkan imunisasi bayi bawah 1 tahun dan kanak² 5 tahun ? mereka kerap batuk selsema. Dan pemakanan yang seimbang untuk kanak² yang susah makan. terima kasih.

3y ago

Sekiranya susah betul nak galakkan mereka makan makanan seimbang, buat sementara waktu boleh diberikan multivitamin tetapi ini merupakan langkah sementara sahaja, kerana sayuran dan buah-buahan juga mengandungi serat yang tidak ada dalam vitamin yang dijual di farmasi. Saya lebih senang hati membeli jenama syarikat besar kerana mengharapkan 'quality control' yang elok. Beberapa tahun dahulu, kerajaan Australia memaksa syarikat 21th Century tutup kedai kerana jumlah vitamin yang terpapar di luar produk mereka tidak sama dengan kandungan vitamin dalam botol yang dijual.