Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Ho Jia Xin dari Pantai Hospital Ayer Keroh

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! GDM SEMASA HAMIL…Topik ini sudah tidak janggal lagi. Ibu hamil pasti risau apabila mendengar perkataan di atas. Tahukah ibu bahawa semasa hamil, kita boleh tiba-tiba ada kencing manis? Dengan itu, anda harus tahu apa gdm normal untuk ibu hamil dan tips untuk mengelakkannya. Adakah anda tahu apa punca GDM? Bila selalunya ibu boleh terkena GDM? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang pengawalan kencing manis semasa hamil dan pemakanan yang boleh diamalkan bersama Cik Ho Jia Xin, B.Sc (Dietetics) Dietitian pada 22 Jun 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Ho Jia Xin dari Pantai Hospital Ayer Keroh
14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hi doctor. saya GDM on metformin. kalau saya tak boleh makan sayur semasa mengandung (mual dengan sayur semasa pregnant). apa yang perlu sy buat untuk tingkatkan fiber intake saya?

2y ago

Hi, selamat sejahtera Puan. Selain sayur, contoh makanan yang tinggi serat adalah seperti bijirin penuh, nasi perang, roti wholemeal, biskut wholemeal, oats, kekacang dan buah-buahan. Jadi, Puan boleh cuba tukarkan nasi putih ke nasi perang untuk tingkatkan pengambilan serat. Ambil buah 2 hidangan sehari. Namun semua contoh makanan ini mengandungi karbohidrat. Jadi makan secara sederhana.