Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Ho Jia Xin dari Pantai Hospital Ayer Keroh

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! GDM SEMASA HAMIL…Topik ini sudah tidak janggal lagi. Ibu hamil pasti risau apabila mendengar perkataan di atas. Tahukah ibu bahawa semasa hamil, kita boleh tiba-tiba ada kencing manis? Dengan itu, anda harus tahu apa gdm normal untuk ibu hamil dan tips untuk mengelakkannya. Adakah anda tahu apa punca GDM? Bila selalunya ibu boleh terkena GDM? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang pengawalan kencing manis semasa hamil dan pemakanan yang boleh diamalkan bersama Cik Ho Jia Xin, B.Sc (Dietetics) Dietitian pada 22 Jun 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Ho Jia Xin dari Pantai Hospital Ayer Keroh
14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hii Dr...saya nak tnya jika ibu ada gdm..apakah ibu berisiko untuk bersalin secara ceasar shja .. saya jugak ada athma dan bagi mereka yg ada gdm ..then Ceaser..adakah khmilan seterusnya berpotensi untuk ceaser jugak

2y ago

Selamat sejahtera Puan. Terima kasih atas soalan yang dikongsikan. Sila dapatkan nasihat dari Dr pakar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bersalin normal/ caesarean. Salah satu komplikasi GDM adalah saiz bayi besar. Ini akan menyebabkan kesukaran kepada ibu hamil tersebut untuk melahirkannya secara normal. Jadi pengawalan gula dalam darah adalah penting. Dari segi pemakanan untuk GDM, Puan perlu kawal pengambilan karbohidrat mengikut keperluan individu (dikira berdasarkan tinggi & berat). Contoh makanan yang ada karbohidrat adalah seperti nasi, mee, bihun, kuey teow, roti, produk bijirin, biskut, sayuran berkanji (ubi kentang, ubi keledek, labu), buah, susu dan produk tenusu, dan kekacang. Secara amnya, amalkan diet yang seimbang seperti konsep pinggan sihat. Tingkatkan pengambilan serat (bijirin penuh & sayur-sayuran). Kurangkan atau elakkan dari pengambilan karbohidrat ringkas iaitu makanan dan minuman manis. Kawal pengambilan lemak, amalkan cara masak yang lebih sihat.