Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Ho Jia Xin dari Pantai Hospital Ayer Keroh

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! GDM SEMASA HAMIL…Topik ini sudah tidak janggal lagi. Ibu hamil pasti risau apabila mendengar perkataan di atas. Tahukah ibu bahawa semasa hamil, kita boleh tiba-tiba ada kencing manis? Dengan itu, anda harus tahu apa gdm normal untuk ibu hamil dan tips untuk mengelakkannya. Adakah anda tahu apa punca GDM? Bila selalunya ibu boleh terkena GDM? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang pengawalan kencing manis semasa hamil dan pemakanan yang boleh diamalkan bersama Cik Ho Jia Xin, B.Sc (Dietetics) Dietitian pada 22 Jun 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Ho Jia Xin dari Pantai Hospital Ayer Keroh
14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hello Dr. Nice to meet you 😊 Saya ada beberapa soalan S1. Kehamilan pertama saya sebelum ni saya tergolong dalam ibu mengandung GDM on diet. Soalan saya, sekiranya saya mengandung di masa akan datang, adakah saya masih tergolong dalam golongan GDM on diet? Meski suda jaga pemakanan sebelum merancang untuk kehamilan yang ke2. S2. Semasa perjalanan kehamilan saya yang pertama, Saya pernah bertanya kepada doktor dan nurse apakah pyebab saya terkena GDM semasa mengandung. Jawapan doktor dan nurse tersebut adalah sama faktor genetik. Dan pada masa yang sama kakak kandung saya dalam fasa mengandung anak ke4. Dan tiada mengalami masalah GDM seperti saya. Soalan saya, mengapa kakak saya tidak tergolong dalam kalangan GDM sedangkan doktor dan nurse menyatakan saya mendapat GDM disebabkan faktor genetik sedangkan saya dan kakak kandung saya seibu dan sebapa. Terima kasih atas penjelasan dan pencerahan doktor

Baca lagi
2y ago

S2. Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Selain faktor sejarah keluarga yang menghidapi diabetes/ genetik, terdapat faktor lain yang boleh menyebabkan GDM. Contohnya faktor umur, berat badan berlebihan sebelum hamil, menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu dan lain-lain lagi. Semasa kehamilan, kesan insulin boleh terganggu disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta/uri dan ini dikenali sebagai insulin resistance. Lazimnya, organ pankreas akan menghasilkan insulin untuk menangani rintangan tersebut, jika gagal, maka GDM boleh berlaku. Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Hadkan pengambilan karbohidrat ringkas seperti makanan dan minuman manis.