Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Ho Jia Xin dari Pantai Hospital Ayer Keroh

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! GDM SEMASA HAMIL…Topik ini sudah tidak janggal lagi. Ibu hamil pasti risau apabila mendengar perkataan di atas. Tahukah ibu bahawa semasa hamil, kita boleh tiba-tiba ada kencing manis? Dengan itu, anda harus tahu apa gdm normal untuk ibu hamil dan tips untuk mengelakkannya. Adakah anda tahu apa punca GDM? Bila selalunya ibu boleh terkena GDM? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang pengawalan kencing manis semasa hamil dan pemakanan yang boleh diamalkan bersama Cik Ho Jia Xin, B.Sc (Dietetics) Dietitian pada 22 Jun 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Ho Jia Xin dari Pantai Hospital Ayer Keroh
14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hai Dr, 1. Bagaimana ibu ingin tahu susu ibu yang mana mempunyai kandungan gula yang tinggi? 2. Apakah pemakanan yang perlu dikawal sepanjang kehamilan jika didapati mengalami pre-diabetes? Terima kasih, Dr.

Baca lagi
2y ago

agi wanita mengandung yang mengalami pre-diabetes, pengawalan diet dapat menolong mengawal paras gula dalam darah. Puan perlu kawal pengambilan karbohidrat mengikut keperluan individu (dikira berdasarkan tinggi & berat). Contoh makanan yang ada karbohidrat adalah seperti nasi, mee, bihun, kuey teow, roti, produk bijirin, biskut, sayuran berkanji (ubi kentang, ubi keledek, labu), buah, susu dan produk tenusu, dan kekacang. Secara amnya, amalkan diet yang seimbang seperti pinggan sihat suku suku separuh. Suku pinggan dari karbohidrat (nasi/ mee/ roti), suku pinggan dari sumber protein (ayam, ikan, daging) dan separuh pinggan dari sayur dan buah. Hadkan 2 hidangan buah sehari dan 2 gelas susu rendah lemak sehari. Tingkatlkan pengambilan serat (bijirin penuh & sayur-sayuran). Ambil 3 makan utama secara tetap (sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam). Jangan langkau waktu makan dan jangan mengamalkan diet yang tanpa karbohidrat langsung. Kurangkan pengambilan gula ringkas.