Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Ho Jia Xin dari Pantai Hospital Ayer Keroh

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! GDM SEMASA HAMIL…Topik ini sudah tidak janggal lagi. Ibu hamil pasti risau apabila mendengar perkataan di atas. Tahukah ibu bahawa semasa hamil, kita boleh tiba-tiba ada kencing manis? Dengan itu, anda harus tahu apa gdm normal untuk ibu hamil dan tips untuk mengelakkannya. Adakah anda tahu apa punca GDM? Bila selalunya ibu boleh terkena GDM? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang pengawalan kencing manis semasa hamil dan pemakanan yang boleh diamalkan bersama Cik Ho Jia Xin, B.Sc (Dietetics) Dietitian pada 22 Jun 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Ho Jia Xin dari Pantai Hospital Ayer Keroh
14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

kalau sblm bsalin ada gdm dan slps bsalin kita kena consume bnyk makanan utk penyusuan, how? ada peluan diabetic?

2y ago

GDM merupakan satu keadaan yang berlaku kepada wanita hamil dimana paras glukosa darah yang lebih tinggi berbanding normal. Kebanyakkan GDM akan pulih selepas melahirkan anak, tetapi sesetengah tidak. Wanita yang ada GDM akan menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes kemudian nanti. Oleh itu, diet seimbang penting untuk mengekalkan kesihatan ibu semasa mengandung dan selepas bersalin. Keperluan kalori untuk wanita yang menyusu badan meningkat sebanyak 500kcal sehari. Contohnya, keperluan kalori untuk wanita berat badan normal semasa tidak hamil adalah 1600kcal sehari. Jadi, keperluan kalori semasa menyusu badan akan menjadi 2100kcal (meningkat sebanyak 500kcal). 500kcal boleh dicapai dengan mengambil tambahan 1keping roti @ 1senduk nasi @ ½ cawan mee + 1biji telur @ ½ peha ayam @ ½ ekor ikan, 3 kali sehari. Selain itu, amalkan pemakanan seimbang seperti pinggan sihat suku suku separuh. Tingkatkan pengambilan serat (bijirin penuh & sayur-sayuran). Kurangkan gula ringk