Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Ho Jia Xin dari Pantai Hospital Ayer Keroh

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! GDM SEMASA HAMIL…Topik ini sudah tidak janggal lagi. Ibu hamil pasti risau apabila mendengar perkataan di atas. Tahukah ibu bahawa semasa hamil, kita boleh tiba-tiba ada kencing manis? Dengan itu, anda harus tahu apa gdm normal untuk ibu hamil dan tips untuk mengelakkannya. Adakah anda tahu apa punca GDM? Bila selalunya ibu boleh terkena GDM? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang pengawalan kencing manis semasa hamil dan pemakanan yang boleh diamalkan bersama Cik Ho Jia Xin, B.Sc (Dietetics) Dietitian pada 22 Jun 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Ho Jia Xin dari Pantai Hospital Ayer Keroh
14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hai Cik Ho Jia Xin, Semasa saya hamil dan ada GDM, memang agak susah utk saya strictly diet less carbohydrates no sugar (LCNS) Jadi saya ada buat cheat day , 3 hari sebelum cek BSP, baru saya diet LCNS dan cek gula dlm darah semasa BSP yg dipantau oleh nurse KK. 8 bulan selepas bersalin, saya ada pre diebetis melalui OGTT. Dan sekarang (selepas setahun bersalin) baru saya rasa terkilan dgn diri sbb tak jaga betul diet LCNS semasa hamil & selepas postnatal. Sekarang bila saya bersenam, atau salah cara LCNS, mudah pula kena hypoglycemia. Walaupun saya tiada soalan berkenaan dgn topik tanya pakar ni, saya harap ibu2 GDM sekarang ambil penting tentang GDM sebab memang ada yg selepas bersalin, keputusan OGTT / HbA1c dia normal. Tapi jika tak jaga diet LCNS betul, beberapa tahun akan datang, boleh kena balik GDM atau diabetis. Ada juga jadi mcm saya selepas bersalin, trend bacaan gula menaik. Anak kecil lagi, banyak yg kita nak uruskan anak. Nak jaga kesihatan / pemakanan kita lagi. Just berkongsi akibat tak ambil penting dan cakna tentang GDM semasa hamil.

Baca lagi
2y ago

Terima kasih Cik. Saya menghargainya