14 Balas
Hai Cik Ho Jia Xin, Semasa saya hamil dan ada GDM, memang agak susah utk saya strictly diet less carbohydrates no sugar (LCNS) Jadi saya ada buat cheat day , 3 hari sebelum cek BSP, baru saya diet LCNS dan cek gula dlm darah semasa BSP yg dipantau oleh nurse KK. 8 bulan selepas bersalin, saya ada pre diebetis melalui OGTT. Dan sekarang (selepas setahun bersalin) baru saya rasa terkilan dgn diri sbb tak jaga betul diet LCNS semasa hamil & selepas postnatal. Sekarang bila saya bersenam, atau salah cara LCNS, mudah pula kena hypoglycemia. Walaupun saya tiada soalan berkenaan dgn topik tanya pakar ni, saya harap ibu2 GDM sekarang ambil penting tentang GDM sebab memang ada yg selepas bersalin, keputusan OGTT / HbA1c dia normal. Tapi jika tak jaga diet LCNS betul, beberapa tahun akan datang, boleh kena balik GDM atau diabetis. Ada juga jadi mcm saya selepas bersalin, trend bacaan gula menaik. Anak kecil lagi, banyak yg kita nak uruskan anak. Nak jaga kesihatan / pemakanan kita lagi. Just berkongsi akibat tak ambil penting dan cakna tentang GDM semasa hamil.
Hello Dr. Nice to meet you 😊 Saya ada beberapa soalan S1. Kehamilan pertama saya sebelum ni saya tergolong dalam ibu mengandung GDM on diet. Soalan saya, sekiranya saya mengandung di masa akan datang, adakah saya masih tergolong dalam golongan GDM on diet? Meski suda jaga pemakanan sebelum merancang untuk kehamilan yang ke2. S2. Semasa perjalanan kehamilan saya yang pertama, Saya pernah bertanya kepada doktor dan nurse apakah pyebab saya terkena GDM semasa mengandung. Jawapan doktor dan nurse tersebut adalah sama faktor genetik. Dan pada masa yang sama kakak kandung saya dalam fasa mengandung anak ke4. Dan tiada mengalami masalah GDM seperti saya. Soalan saya, mengapa kakak saya tidak tergolong dalam kalangan GDM sedangkan doktor dan nurse menyatakan saya mendapat GDM disebabkan faktor genetik sedangkan saya dan kakak kandung saya seibu dan sebapa. Terima kasih atas penjelasan dan pencerahan doktor
S2. Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Selain faktor sejarah keluarga yang menghidapi diabetes/ genetik, terdapat faktor lain yang boleh menyebabkan GDM. Contohnya faktor umur, berat badan berlebihan sebelum hamil, menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu dan lain-lain lagi. Semasa kehamilan, kesan insulin boleh terganggu disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta/uri dan ini dikenali sebagai insulin resistance. Lazimnya, organ pankreas akan menghasilkan insulin untuk menangani rintangan tersebut, jika gagal, maka GDM boleh berlaku. Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Hadkan pengambilan karbohidrat ringkas seperti makanan dan minuman manis.
Hai Cik Ho Jia Xin, Saya sekarang 34 minggu. PCOS berumur 41, hamil anak ke 5. Kesemua pregnancy awal tiada GDM. Sekarang GDM, sebab air ketuban byk dan baby besar 1 minggu dari umur nya. Jadi doctor minta ambil metformin 500mg at nite only. Saya buat BSP log setiap hari dan bacaan saya after meal 5.0. Soalan nya: apa lagi boleh saya lakukan untuk control gula saya. My diet, pagi ambil buah2 shj. I amik ACV before meal. Then lunch cuba untuk take less carbs No meal in between 2 hrs je i buat bsp log. After this pula what i should i do next Risau pulak kena induce at 38weeks
Tq Miss Ho Jia Xin
Salam sy pregnant dh 36weeks. Minggu lepas checkup doc scan perut baby dalam kandungan besar naik satu graf daripada normal size. Terus doctor decide untuk induce dua minggu lagi dimana waktu kandungan 38minggu. Siapa ada pengalaman perut baby besar dalam kandungan ye? Ini adalah anak pertama saya. terima kasih
hii Dr...saya nak tnya jika ibu ada gdm..apakah ibu berisiko untuk bersalin secara ceasar shja .. saya jugak ada athma dan bagi mereka yg ada gdm ..then Ceaser..adakah khmilan seterusnya berpotensi untuk ceaser jugak
Selamat sejahtera Puan. Terima kasih atas soalan yang dikongsikan. Sila dapatkan nasihat dari Dr pakar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bersalin normal/ caesarean. Salah satu komplikasi GDM adalah saiz bayi besar. Ini akan menyebabkan kesukaran kepada ibu hamil tersebut untuk melahirkannya secara normal. Jadi pengawalan gula dalam darah adalah penting. Dari segi pemakanan untuk GDM, Puan perlu kawal pengambilan karbohidrat mengikut keperluan individu (dikira berdasarkan tinggi & berat). Contoh makanan yang ada karbohidrat adalah seperti nasi, mee, bihun, kuey teow, roti, produk bijirin, biskut, sayuran berkanji (ubi kentang, ubi keledek, labu), buah, susu dan produk tenusu, dan kekacang. Secara amnya, amalkan diet yang seimbang seperti konsep pinggan sihat. Tingkatkan pengambilan serat (bijirin penuh & sayur-sayuran). Kurangkan atau elakkan dari pengambilan karbohidrat ringkas iaitu makanan dan minuman manis. Kawal pengambilan lemak, amalkan cara masak yang lebih sihat.
Hai Dr, 1. Bagaimana ibu ingin tahu susu ibu yang mana mempunyai kandungan gula yang tinggi? 2. Apakah pemakanan yang perlu dikawal sepanjang kehamilan jika didapati mengalami pre-diabetes? Terima kasih, Dr.
agi wanita mengandung yang mengalami pre-diabetes, pengawalan diet dapat menolong mengawal paras gula dalam darah. Puan perlu kawal pengambilan karbohidrat mengikut keperluan individu (dikira berdasarkan tinggi & berat). Contoh makanan yang ada karbohidrat adalah seperti nasi, mee, bihun, kuey teow, roti, produk bijirin, biskut, sayuran berkanji (ubi kentang, ubi keledek, labu), buah, susu dan produk tenusu, dan kekacang. Secara amnya, amalkan diet yang seimbang seperti pinggan sihat suku suku separuh. Suku pinggan dari karbohidrat (nasi/ mee/ roti), suku pinggan dari sumber protein (ayam, ikan, daging) dan separuh pinggan dari sayur dan buah. Hadkan 2 hidangan buah sehari dan 2 gelas susu rendah lemak sehari. Tingkatlkan pengambilan serat (bijirin penuh & sayur-sayuran). Ambil 3 makan utama secara tetap (sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam). Jangan langkau waktu makan dan jangan mengamalkan diet yang tanpa karbohidrat langsung. Kurangkan pengambilan gula ringkas.
hi doctor. saya GDM on metformin. kalau saya tak boleh makan sayur semasa mengandung (mual dengan sayur semasa pregnant). apa yang perlu sy buat untuk tingkatkan fiber intake saya?
Hi, selamat sejahtera Puan. Selain sayur, contoh makanan yang tinggi serat adalah seperti bijirin penuh, nasi perang, roti wholemeal, biskut wholemeal, oats, kekacang dan buah-buahan. Jadi, Puan boleh cuba tukarkan nasi putih ke nasi perang untuk tingkatkan pengambilan serat. Ambil buah 2 hidangan sehari. Namun semua contoh makanan ini mengandungi karbohidrat. Jadi makan secara sederhana.
Hi,dr please mind to answer my inquiry.. what is the risk for baby and mommy with GDM?before and after deliver.. im gdm on diet..
tq dr..have a nice day..
kalau sblm bsalin ada gdm dan slps bsalin kita kena consume bnyk makanan utk penyusuan, how? ada peluan diabetic?
GDM merupakan satu keadaan yang berlaku kepada wanita hamil dimana paras glukosa darah yang lebih tinggi berbanding normal. Kebanyakkan GDM akan pulih selepas melahirkan anak, tetapi sesetengah tidak. Wanita yang ada GDM akan menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes kemudian nanti. Oleh itu, diet seimbang penting untuk mengekalkan kesihatan ibu semasa mengandung dan selepas bersalin. Keperluan kalori untuk wanita yang menyusu badan meningkat sebanyak 500kcal sehari. Contohnya, keperluan kalori untuk wanita berat badan normal semasa tidak hamil adalah 1600kcal sehari. Jadi, keperluan kalori semasa menyusu badan akan menjadi 2100kcal (meningkat sebanyak 500kcal). 500kcal boleh dicapai dengan mengambil tambahan 1keping roti @ 1senduk nasi @ ½ cawan mee + 1biji telur @ ½ peha ayam @ ½ ekor ikan, 3 kali sehari. Selain itu, amalkan pemakanan seimbang seperti pinggan sihat suku suku separuh. Tingkatkan pengambilan serat (bijirin penuh & sayur-sayuran). Kurangkan gula ringk
Hi, Miss Ho Jia Xin! Does taking a low GI sources of food helps in controlling sugar level? Thank you
Understood. Thank you for the information, Miss Ho Jia Xin!
Nuur I M H