Sesi Tanya Pakar Bersama Nunu, Naluri Dietitian

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! GDM ketika hamil adalah masalah yang biasa berlaku pada kebanyakan ibu mengandung. Ada yang gdm on diet dan ada juga kena gdm on insulin. Mungkin anda akan terkejut jika tiba-tiba sangkut GDM waktu hamil dan risau akan menyebabkan risiko pada janin dalam kandungan. Maka, penting untuk anda tahu cara untuk mengawal masalah GDM ini. Luangkan waktu anda untuk bertanyakan soalan mengenai GDM ketika hamil dengan Pakar kami. Tanya soalan anda tentang cara mengendalikan GDM ketika hamil bersama Nunu, Naluri Dietitian pada 27 April 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Nunu, Naluri Dietitian
21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Salam Puan, Bagaimana cara ingin mengawal masalah GDM ketika hamil? Terima kasih.

3y ago

Assalamualaikum Puan Nora. Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Penjagaan GDM juga sama seperti diabetes mellitus biasa iaitu - Kawalan jumlah karbohidrat seharian - Pengambilan karbohidrat kompleks seperti nasi, mee, roti, oat, ubi-ubian berbanding karbohidrat ringkas seperti hidangan manis, kuih atau minuman bergula - Pengambilan hidangan seimbang iaitu karbohidrat digabungkan dengan hidangan lain seperti protein dan serat untuk mengurangkan glycemic load bagi mengawal gula darah. Dinasihatkan juga untuk berbincang dengan pakar perubatan atau dietitian di hospital/klinik bagi pelan pemakanan yang lebih lengkap dan bersesuaian dengan keadaan puan🙂 Semoga bermanfaat🙂