Sesi Tanya Pakar Bersama Nunu, Naluri Dietitian

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! GDM ketika hamil adalah masalah yang biasa berlaku pada kebanyakan ibu mengandung. Ada yang gdm on diet dan ada juga kena gdm on insulin. Mungkin anda akan terkejut jika tiba-tiba sangkut GDM waktu hamil dan risau akan menyebabkan risiko pada janin dalam kandungan. Maka, penting untuk anda tahu cara untuk mengawal masalah GDM ini. Luangkan waktu anda untuk bertanyakan soalan mengenai GDM ketika hamil dengan Pakar kami. Tanya soalan anda tentang cara mengendalikan GDM ketika hamil bersama Nunu, Naluri Dietitian pada 27 April 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Nunu, Naluri Dietitian
21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

1) Adakah ibu hamil GDM on diet boleh perlu had kan pemakanan sampai 4 jam sekali atau 2 jam sekali bagi mengimbangkan kadar gula dlm darah? Sy GDM on diet..selalu lapar tapi sy terpaksa tahan sampai 4 jam sekali sebab nak pastikan insulin tak spike naik. Atau boleh shaja setiap 2 jam ambil apa2 makanan cuma kena pastikan 12 pertukaran dalam sehari tidak exceed?

Baca lagi
3y ago

Assalamualaikum & salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Pengambilan karbohidrat mengikut pertukaran yang telah ditetapkan secara konsisten setiap kali waktu makan mampu mengawal gula darah. Digalakkan untuk menjarakkan waktu makan utama dan snek sekurang-kurangnya 2 jam dan tidak lebih 4 jam bagi menstabilkan gula darah dan ambil snek dengan kuantiti karbohidrat yang konsisten. Sebagai contoh, puan boleh makan 5-6 kali sehari (jika rasa lapar) dengan 2 pertukaran karbohidrat setiap kali makan. Pastikan waktu makan utama seimbang dengan sumber karbohidrat, protein dan sayur-sayuran. Jika waktu snek, ambil snek sihat seperti 2 keping roti bersama susu rendah lemak. Untuk pelan pemakanan lebih terperinci, rujuk pakar pemakanan di hospital atau klinik kesihatan. Semoga bermanfaat🙂