Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Tay Chee Pin, Paediatrics dari Pantai Hospital Klang

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Di sini saya ingin membincangkan dengan anda tentang pengambilan susu kambing untuk merawat jaundice. Anda pasti tertanya-tanya, adakah susu kambing boleh di minum sesuai untuk bayi baru lahir? Adakah ia boleh mengurangkan jaundice? Apakah khasiat dan kelebihan susu kambing? Adakah ia boleh menurunkan bacaan jaundice? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang cara merawat jaundice dan adakah susu kambing elok untuk diminum bersama Dr. Tay Chee Pin, Paediatrics dari Pantai Hospital Klang pada 15 Jun 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Tay Chee Pin, Paediatrics dari Pantai Hospital Klang
9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hai Dr, Apa penyebab bayi mengalami jaundice dalam jangka masa yang lama? Pengalaman anak saya kena sehingga 25 hari dan hampir doktor ingin ambil air tulang belakang anak untuk pemeriksaan selanjutnya. Jika susu ibu penyebab jaundice apakah alternatif untuk menyembuhkan anak? Terima kasih.

Baca lagi
2y ago

sebab- sebab prolonged jaundice adalah seperti hati/ pundi hempedu bayi ada masalah, jangkitan kencing kotor atau pun paras thyroid hormone rendah. penyakit genetik juga boleh menyebabkan prolonged jaundice tatapi rare. susu ibu boleh menyebabkan prolonged jaundice tetapi keadaan ini tidak merbahayakan kesihatan bayi. ibu ttidak perlu berhenti susu ibu semata mata untuk merawat prolonged jaundice sebab ini. paras bilirubin akan turun gradually.