Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Tay Chee Pin, Paediatrics dari Pantai Hospital Klang

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Di sini saya ingin membincangkan dengan anda tentang pengambilan susu kambing untuk merawat jaundice. Anda pasti tertanya-tanya, adakah susu kambing boleh di minum sesuai untuk bayi baru lahir? Adakah ia boleh mengurangkan jaundice? Apakah khasiat dan kelebihan susu kambing? Adakah ia boleh menurunkan bacaan jaundice? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang cara merawat jaundice dan adakah susu kambing elok untuk diminum bersama Dr. Tay Chee Pin, Paediatrics dari Pantai Hospital Klang pada 15 Jun 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Tay Chee Pin, Paediatrics dari Pantai Hospital Klang
9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hi Dr Tay Chee Pin, 1. Bolehkah jaundice pulih tanpa rawatan? 2. Bagaimana nak elakkan bayi terkena jaundice? 3. bolehkah kita prepare semasa mengandung lagi? 4. Betul ke susu kambing boleh turunkan bacaan jaundice? Thank you Doctor

Baca lagi
2y ago

1. jaundice yang ringan boleh pulih sendiri. 2.jaundice tidak dapat dielakkan kerana ia berlaku secara physiological. 3. masalah jaundice bayi tidak ada kaitan dengan ibu mengandung. 4. susu kambing tidak dapat menurunkan paras bilirubin dengan berkesan.