Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Tay Chee Pin, Paediatrics dari Pantai Hospital Klang

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Di sini saya ingin membincangkan dengan anda tentang pengambilan susu kambing untuk merawat jaundice. Anda pasti tertanya-tanya, adakah susu kambing boleh di minum sesuai untuk bayi baru lahir? Adakah ia boleh mengurangkan jaundice? Apakah khasiat dan kelebihan susu kambing? Adakah ia boleh menurunkan bacaan jaundice? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang cara merawat jaundice dan adakah susu kambing elok untuk diminum bersama Dr. Tay Chee Pin, Paediatrics dari Pantai Hospital Klang pada 15 Jun 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Tay Chee Pin, Paediatrics dari Pantai Hospital Klang
9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hello doktor S1. Benarkah susu kambing lebih efektif berbanding susu lembu yang diminum oleh ibu untuk menurunkan kadar bacaan jaundice baby? S2. Adakah benar dari sudut perubatan ibu atau bapa yang mempunyai status darah O, bayi mereka lebih berisiko untuk mendapatkan jaundice S3. Kenapa jaundice ni terjadi? Apakah solusi yang boleh di lakukan oleh ibu yang mengandung untuk mengelakkan berlakunya jaundice kepada baby yang bakal dilahirkan nanti. Terima kasih doktor atas penjelasan dan pencerahan

Baca lagi
2y ago

1. susu kambing atau susu lembu tidak membantu dalam penurunan paras bilirubin. 2. ibu yang kumpuolan darah O dengan bayi yang kempulan darah A ada risiko yang lebijh tinggi untuk mendapat jaundice teruk. 3. jaudice terjadi secara physiological kerana sel sel darah merah bayi yang dilahir akan mati dan ditukar menjadi bilirubin dan seterusnya dikeluarkan dari badan menerusi kencing/ berak. oleh kerana ini, masalah jaundice adalah lebih kepada masalah badan bayi dan tidak banyak kena mengena dengan isu ibu yang mengandung.