Sesi Tanya Pakar Bersama Justina Chen, CEO and Founder, Wonder Village.

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Anak tantrum dan asyik meragam je, mulalah ibu ayah pun jadi tak keruan. Lebih-lebih bila bawa anak keluar bersiar-siar, buntu jadinya kadang-kadang untuk pujuk mereka bila tantrum depan orang ramai. Nak marah, tak kena pula dengan tempat. Nak pujuk pun nampaknya dah tak ‘makan pujukan’ dah. Untuk mengendalikan anak yang sedang tantrum memang sangat menguji kesabaran. Sebab itu ramai ibu bapa nak tahu apa cara menangani anak tantrum yang berkesan. Untuk Sesi Tanya Pakar kali ini, jom minta pendapat dari Pakar kami. Tanya soalan anda cara untuk menjaga kanak-kanak tantrum bersama Justina Chen, CEO and Founder, Wonder Village pada 9 March 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Justina Chen, CEO and Founder, Wonder Village.
6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai Ms Chen, Bagaimana nak mengurus kanak-kanak yang tantrum di tempat permainan ketika mengajak mereka pulang ke rumah kerana sudah lewat petang ?

3y ago

Kita boleh tolong anak bersiap sedia untuk pulang dari taman supaya waktu pulang bukannya secara tiba2. Contohnya “Adik, dalam 10 minit kita kena balik rumah. Saya akan datang balik dalam 5 minit untuk ingatkan adik lagi “ mak juga boleh cuba memberi peluang kepada anak untuk tekan butang untuk ‘set’ alarm dalam handphone. “Kita akan balik masa alarm berbunyi- adik nak tekan butang untuk set loceng?” Bila tiba masa pulang, cuba jangan melengahkan masa. Nyatakan bahawa sudah tiba masa, dan jika anak marah/sedih - mak boleh meluangkan rasa empati “Ya, memang sedih waktu nak pulang sebab seronok sangat main” sambil menetapkan sempadan “Sekarang masa pulang, adik nak jalan sendiri atau mak angkat?”