Tip penghasilan susu badan untuk anak angkat

Salam. Saya punya anak angkat berusia 24 hari. Ada tak kat sini mommy yang berjaya produce susu badan untuk anak angkatnya? Saya nak sangat susukan anak ini supaya mudah urusan masa Akan datang. Anak ini adalah anak lelaki dan saya juga punya anak kandung perempuan yang berusia 2 tahun 2 bulan dan saya pula berusia 40 tahun. Pada pengalaman saya yang lepas, 2 kali melahirkan, saya hanya berjaya bf sehingga habis pantang, paling tepat 2 bulan sahaja. Bolehkah saya berjaya menghasilkan susu untuk anak angkat saya ini berdasarkan pengalaman lalu saya?

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Mommy ada ambik pil untuk penghasilan susu badan x? Situasi berbeza tau. Masa tu pn mmg preggy so kilang susu pun dah start nk produce, tgg signal dr baby sahaja untuk suction. Yg nie pn ambik anak angkat. Mmg kilang susu x dpt signal apa2, walaupun bg baby untuk hisap breast, susu nk keluar tu agak susah sbb x de production die. Sy x pasti pasal pil untuk penghasilan susu tu. Ada jiran terdekat sy ikhtiar benda sama juga, tp die x berjaya menyusu kan anak angkat die tu. Pn boleh try pil tu. Badan pun akan react lain2 kn. Pn try sahaja nnt boleh update semula kt sini ye.

Baca lagi

Dapatkan nasihat Lactation conselor (LC). Saya ada baca kes2 yang berjaya, dengan ransangan dan ubat2. Kena selalu pam dan bagi baby hisap breast. Semoga berjaya.