Terkilan Dan Kecewa
Salam, saya ingin minta sedikit pandangan, jika pasangan saya sudah hampir setahun tidak pernah keluar kan sperma setiap kali berhubungan intim. Saya sangat terkilan, sebab hubungan ini sudah 9 tahun. Dan lepih parah, dia ketagih pada filem blues blue, malah setiap kali di ajak bersama, alasannya dia penat. Setiap kali saya basuh baju, saya akan nampak beberapa benda yang dia masturbate sehingga klimaks. Saya sedih. Hubungan kami dari luaran sangat comel, tapi dalaman berantakkan. Saya tidak tahu mahu buat apa. Dia sering menyalahkan saya, sebab katanya tubuh badan saya tidak slim. Saya kurang motivasi untuk bersenam dan saya terkilan dengan pasangan sebab melayan benda blues sampai klimaks. Hampir setiap hari dia saya nampak, malah kalau di tegur dia akan melenting dan tak nak bercakap dengan saya selama beberapa hari. Kalau saya tak tegur, rasa macam ada ta ngam di situ. Aktiviti nya harian, pergi kerja dan balik dan memerap dalam bilik, makan minum langsung tak nak ambil tahu. Selain itu, bila saya ajak dia lepak dengan kawan2 atau berjalan2 dia akan bagi seribu alasan untuk memerap dalam bilik. Erm.... Saya benar2 dilema dan semakin hari nafsu saya dan perasaan saya dengan dia terasa da pudar. Saya masih berusaha lagi nak ubah semua ni, tapi dia sekadar tengok dan terus kan kegiatannya. Kalau saya cakap atau penggunaan ayat yang tak kena di hati nya, dia akan panggil saya palui dan bodoh. Saya tidak tahu lagi macam mana nak bantu dan atasi masalah ini. Sekian