Bengkak susu dan luka
Salam. Pantang day 4. Nk tanya pengalaman yg bengkak susu. Sy skrg bengkak susu. Lpstu puting pula luka. Mmg pedih amatt. Sy cuba masuk mulut baby tk bole. Cuba pam pun tk bole. Pedih sgt sgt. Camne ye nk bg kurang bengkak susu dan luka puting ni? Saya da cuba urut dan pam pakai tangan. Tp sekejap je ok. Mcm mana ya nak cpt baik luka puting? Lepastu puting saya ni besar mak dan tukang urut pun ckp benda sama. Sbb tu baby tk reti masukkan penuh. Down pula rasa nak breastfeed bila sakit amatt ni. #bantusharing #seriusnanya
puting luka sebab lekapan baby puan salah. kena betulkan. ada bawak baby pergi checkup kan dear. minta bantuan nurse kk. jangan malu utk bertanya. awak boleh tanya nurse lekapan awak betul tak. tunjuk dkt nurse cara awak susukan baby. puting besar/kecik/rata/tenggelam xde masalah utk susu kan baby. sebab baby tak hisap pada puting. mulut baby kena hisap pada bahagian areola kita. kalau bengkak susu elakkan pump. bila awak pump akan makin memudaratkan. buat pula pump awak salah size corong nanti takut bertambah luka. lagi awak trauma. untuk kurangkan bengkak susu 1) tuam sejuk sampai awak kebas. sambil tuam sambil awak massage. kemudian tuam panas. sambil tuam sambil massage. kalau tak pandai bg baby directfeed boleh marmet. boleh tengok dkt you tube atau page lactation counselor cara nak marmet. ulang sampai lega 2) mandi dgn air suam/water heater. sambil tu massage breast awak. 3) boleh guna lactation massager. urut kawasan bengkak susu utk melancarkan saluran susu tersumbat
Baca lagimarmet sis. insyaAllah bengkak susu blh kurang. time tengah bengkak susu jgn pam. takut jd makin bengkak. selain tu sis blh tuam dgn hot pack atau letak kubis kat breast utk kurangkan bengkak. pasal puting besar pulak mgkn sis kena tny dkt org yg berpengalaman mcmmana cara susukan baby dgn puting yg sedia mcm tu. sy sendiri puting jenis tak timbul. awal² nangis jgk nk susukan baby tp baby tak blh nk hisap. baby asyik nangis je sbb lapar tp tak blh nk minum susu sampai sy kena pam masuk botol susu sy tu. last² panggil lactation consultant dtg umah utk ajar cara susukan baby dgn puting tenggelam mcmmana. skrg alhamdulillah dh blh susukan baby mcm biasa. tp sbnrnya yg penting bkn sekadar puting tu je yg kena masuk dlm mulut baby, bahagian areola pun kena masuk jgk sbb kalau areola tak masuk sekali dlm mulut baby tu yg buat puting jd melecet. kena paksa² sumbat jgk la semua tu dlm mulut baby. awal² dia akan tak selesa. lama² nnt bila dia dh biasa dia akan pandai utk sedut bkn sekadar puting tp bahagian areola tu jgk.
Baca lagiboleh cuba menyusu posisi baring lagi mudah utk lekapan penuh. haritu saya pon bengkak susu, sampai tersumbat susu xboleh keluar. baby mmg akan tolak kalau susu kita penuh sbb aliran sangay laju. awak kena selalu urut kasi susu keluar dan paksa baby latch. masa baby x minum boleh marmet atau keluarkan susu biar payudara rasa ringan dan baby mudah nak menyusu. kalau dah lega skit baru pam dan kena sllu pam kasi susu tu keluar keluar dan keluar sbb kalau xpam mmg lama bengkak tu nak surut
Baca lagiboleh dapatkan nasihat nurse atau kaunselor penyusuan. puting sakit tu sebab masalah lekapan. saya dah lalui masa baby umur seminggu sampai nak dekat sebulan saya tahan sakit sebab tak pandai nak lekapkan. minta bantuan kaunselor, alhamdulillah dah ok. tapi nak sembuh memang makan masa sebab saya biar terlalu lama. untuk kes puan ni baru je, jadi lebih baik cepat selesaikan masalah ni sebelum melarat. semoga dipermudahkan journey penyusuan puan.
Baca lagiSaya pernah rasa puting luka sampai nenen bengkak sebab susu takleh keluar. Mmg kena ubat puting tu dulu kalau tak boleh worse. Saya sapu madu or madela purelan cream kejap je baik tp madu tu kena bersihkan if df baby. Then to make sure puting tu tak kering, kerapkan sapu nursing butter brand palmers
Baca lagiawk guna susu bdan awk sapu di puting yg melecek biar sampai kering duk depan kipas pun bole.. ulang2 sampai dh tak rasa sakit.. nurse kat kampung bagitahu masa melawat dlm pantang.. bengkak susu kene tuam dan kene bagi anak hisap .. smoga msalah sis dipermudahkn
sy masa pantang anak first pun kena juga. da nak bentan.. mermet pun tak jalan. akhirnya ke Klinik doktor bg antibiotik yg bersesuaian. alhamdulillah lega.. susu yg beku di puting tu pun surut juga. mmg sakit.. kalau da rasa mcm nak demam ke klinik terus ya..
tuam dgn air panas then marmet. nak kurangkan sakit, tuam dgn ais sejuk. tuam dgn air panas dapat melancarkan aliran susu. puan kena byk bersabar ye. sy da pernah kena bengkak susu. last2 sy terpaksa jadi epmom. anak umur 40 hari, baru anak reti myusu bdn.
tengah bengkak susu jangan guna pam.lagi2 kalau luka, boleh buat lg teruk.. marmet je. ajar anak buka mulut luas,. masa nyusu pastikan mulut baby masuk betul2, kita dah tak nampak puting, baby kena melekap kat areola bkn kat puting
better dapatkan khidmat lactation counselor. nurse kk pun boleh jugak tolong. esok jumpa nurse, tunjuk kat nurse bengkak susu tu, nanti nurse ajar cara tuam, ajar cara baby untuk latch. sebab kalau urut je tak surut jugak.