Maternity pad bersalin

Salam. nak tanya mummy smua 1.Berapa paket/pcs maternity pad diperlukan lps bersalin? 2.Siapa pernah guna jenama ni ok tak? 3.Dalam 3 wrna ni mna yg ok sesuai pakai ? Tq yg sudi share ☺️ #takutsalahbelimembazir#seriusnanya #ingintahu #firstbaby #firstmom

Maternity pad bersalin
17 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya tak pakai brand autumnz tapi sy pakai brand mikubi n kotex panties. sy review je ya kot ada yang rasa berguna. saya pakai brand mikubi beli dlm shope. da la murah rm4+ cmtu dpt 10pcs. dia panjang, lebar, ada wing tapi nipis. walaupn nampak nipis.. sgt selesaa dan menyerap. sy suka material dia, smooth sesangat permukaan dia.. sy bersalin ada jahitan selesa sgt pakai brand ni. lepas bersalin pn sy siap teruskan beli lagi brand ni utk period biasa 🤭 pad ni sy pakai lepas 3-4hari bersalin. sehari sy pakai dlm 6-8pcs. so awk kira la berapa diperlukan. lepas bersalin perlu kerap tukar pad sbb takut ada infection pada luka dan jahitan. lepas seminggu dua darah nifas akan makin berkurang, luka dah tak sakit.. boleh dah bertukar ke pad biasa/pantyliner je. awal² hari bersalin masa di hospital sy beli kotex jenis pant. best tapi mahal saya beli sikit je dlm 5 pack (dlm ada 2 pcs) berguna sgt rasa pad ni masa kat wad, takpayah bawa panties.. tak risau bocor. baru bersalin mmg seriau nak bukak kaki besar² byk kali. (ada jahitan) so pakai pad jenis panties ni rasa lebih mudah dan cepat. boleh beli size lebih besar utk keselesaan. kalau rasa mahal boleh beli sikit2 online🤭. kat kedai agak susah nak dpt size M-L dan L-XL tu.

Baca lagi
Post reply image

Minggu pertama saya pakai maternity pad jenama libresse, yang pants tu…dalam 4-5 bag juga sbb 1 bag ada 2 pad je. Senang sebab sy tumpah darah, darah banyak keluar. Lepastu saya pakai pad enya ni, nipis tapi serap darah bagus. Dan sy pakai enya ni buat padsicle. Bestt je rasa sejuk kat tpt jahit dan buat jahitan cepat baik. Dan kurangkan rasa sakit kat tpt jahit tu. Lepastu dah habis pad ni sy pakai pad libresse yang biasa then bila darah dah sikit sy pakai pantyliner sebab macam membazir je nak pakai pad besar besar tapi darah sikit….. hehhee hope membantu ☺️

Baca lagi
Post reply image

saya pakai brand ni awak. sy beli warna pink (1pack) & purple (1pack). pad ni bila pakai dia tak bergesel dgn luka jahitan. jadi selesa & tak sakit. cuma yg leceh nya masa nk cuci sbb jadi gel. itu je. lain so far okay sgt. saya masa awal2 lepas doctor bersalin doctor pakai kan pad bertali hospital. mmg drh keluarr non stop. pad tu penuh. masa smpi dlm ward pon drh menitik2 smpi lantai😅. nurse pesan kalau dh tak pening boleh terus tukar pad. sy xtahan bau darah slow2 bangun g mandi & tukar. baru rasa lega.

Baca lagi

ia bergantung kpd byk atau sikit darah yg kluar. masa anak first xbanyak sgt darah dan saya sblom tu mmg sediakan pad yg besar bukan maternity pad. jenama librease yg warna purple (night). rsa mmbazir jugak la sbb darah xbyk n kena kerap tukar. utk anak kedua saya beli jenama sama tpi wrna biru (day). tpi ank kedua ni darah byk kluar jadinya kena beli jugak maternity pad. xingat jenama apa. tpi kurang selesa. utk jenama saya xpernah cuba. mgkin boleh beli satu dulu utk try.

Baca lagi

3kli bersalin.. pakai pad biasa sahaja..tp amik yg lg pnjng dr biasa.. depends on aliran nifas slpas bersalin sbnrya.. yg anak no 3 baru ni.. lps bersalin ✅pakai jnis panties ..selesa betul(beli brand eco rm2.40 jer(size m). sbb xperlu risau bocor..xperlu pakai panties..WORRY FREE...xperlu fikir bocor kne cadar etc.. klo aliran biasa..pakai pnties biasa.. sy xde specific brand for maternity..

Baca lagi

1. saya beli yg kotex pants plastik hitam tu. dua kotak beli kat shopee and senang pakai sbb tk perlu pakai panties 2. saya ada beli juga pad maternity autumnz tu and pakai time darah dah tak banyak. pad dia selesa lembut and panjang sampai blkg kalau darah tgh banyak maybe tak bocor 3. saya beli yg purple

Baca lagi

yes ok sgt2 beli yg ni. lembut & xkeras. sy beli yg hijau. xterlalu panjang. sy beli 2 pack. kotex pants pad 10pack,madame pad 1 pack. nasihat sy jgn guna pad period yg biasa if sis bersalin normal. sakit tu kena tempat jahit. pengalaman ank 1st,sy xnk sediakan maternity pad. sekadar guna period pad.

Baca lagi

Wasalam, 1. Depends on brp bnyk darah kita keluar. Sy beli 2 pack dulu, if x cukup topup lagi. & kdg darah tu dah sikit so guna size pantyliner je. 2. Sy guna libresse. 41cm punya. 3. Awal awal pakai yg panjang dulu then ikut la kuantiti darah tu. Cam period.

Baca lagi
1y ago

Ha ah pad biasa je sbb dah biasa dgn libresse takut pakai lain gatal gatal ke etc. Masatu bawa yg jenis pants, nurse pun ok je tolong pakaikan 🤣

Lepas ja bersalin doc pakaikan pd bertali saya terus tukar kepada pad yg jenis pants. Sbb mula ii tu darah mmg akan byk sgt ii saya tak selesa kalau dia bocor, nak tgokkan baby lagi. Lepas dh dlm 5 hri mcm tu dh berkurng sikit saya pakai pad biasa jenama kotex ja.

sy beli maternity pad brand kasumi, boleh beli kat shopee momohouse. pad tu besar dan lebar, lembut selesa je. sy beli 1 pack je, pastu bila darah dah sikit, boleh pakai pad biasa atau pantyliner. pastu sy ada beli kotex 360 panty 2 pack.