Hi. Harap awak dan kandungan sihat. Kawan saya (umurnya 19 tahun masa itu) pernah lahirkan anak luar nikah. Masa dia lahirkan anak itu, bapa kawan saya ada sekali dihospital kerajaan. JKM tak ambil anak itu sebab bapanya (atuk bayi) sebagai waris minta untuk menjaga sendiri bayi berkenaan. JKM akan datang melawat dari masa ke semasa dirumah nanti. Urusan sijil kelahiran pun mudah diuruskan apabila ada waris (ibubapa). Kawan saya tidak bernikah sampai sekarang (kerana teman lelakinya tidak mahu bertanggungjawab). Kini anaknya (perempuan) sudah berusia 8 tahun. Mereka bahagia hidup berdua saja sehingga kini. Jadi, awak jangan susah hati. Semoga segala urusan awak dalam melahirkan anak yang sihat dan comel lancar. Jaga anak itu baik-baik, sayangi dia. Awak teruskan hidup, masa depan awak masih panjang. Kita manusia, tidak lepas dari melakukan kesilapan. Pastinya, jangan ulangi lagi kesilapan lalu dan mulakanlah hidup baru dengan semangat. Awak boleh!
Baca lagi