16 Balas

TapFluencer

kalau duitnya ada, terpulang. tp pada sy membazir je terlalu byk kali scan ni. yg penting mommy kena jaga diri, makan folic acid, jgn stress2, rehat cukup. memadai sekadar monitor ada spotting/bleeding yg disertai cramp. kalau ada, cepat2 ke hospital. selagi takda, Insha’Allah kandungan puan ok & berjalan lancar. ni kawan sy nurse O&G yg pesan. sy pun pernah keguguran masa 13w. pregnant kalini sy scan 8w (sahkan kehamilan), 13w (NT scan), 21w (detail scan), 28w (scan di KK). next akan scan 32w & 36w, dua2 ni di kk. sy sentiasa monitor jika ada spotting/keputihan berlebihan. itu sahaja. mommy kena enjoy this pregnancy ya. itu lebih penting utk mental health mommy juga☺️💪

Sy suka komen sis ❤️

TapFluencer

Sis, sis macam kitaaa... masa anak kedua, kita checkup kat klinik siti, kita tanya doc tu kan, boleh ke doc nak scan seminggu sekali 😂 doc tu ckp, saya scan tiap2 hari kandungan saya ni sambil tunjuk perut dia 😂😂 kita ckp la ada org ckp sinaran tu tak bagus untuk ibu pregnant apa semua kan. Lepastu doc ckp, takdelah, jgn percaya mitos. Boleg je awak nak checkup banyak kli pun ❤️❤️ duit tak jadi masalah kan, janji hati tenang. Kita faham apa awak rasa.

better sebulan sekali je. sbb if 2 weeks skali scan x nmpk beza sgt pun nnt. sy pun skrg sllu buat sebulan sekali je. n sllu sy buat sehari sebelum monthly checkup di kk. klau risau sbb pernah gugur, then just bed rest completely jgn buat ape2. masak ke kemas rumah ke suruh je suami buat semua. makan beli je pun xpe klau mampu. sy x pernah bleeding ke ape tp sy scan stiap bulan sekali scan sbb saja nk tgk progress baby

Ada duit boleh je sis. Saya pun scan 2 minggu sekali. After dah dapat rasa baby gerak2 baru sebulan sekali. Tu pun kadang risau pergi je scan. Alhamdulillah selamat melahirkan baby yang sihat pada bulan 7 tahun lepas. Sis doa banyak2 semoga kandungan selamat hingga melahirkan. Inshaa Allah semoga dipermudahkan urusan sis 🫶🏻

Tgk pada keadaan Mamy n baby. Sy pernah kguguran 14w & 9w. Skrg tgh tggu call hospital nak serah diri. 38w dah. Awal kehamilan ada spotting dr 6-9w. Sy g cek, doktor bg ubat kuatkan rahim. Lepas tu dpt tahu pregnant twin, check up sminggu skali. Bila dah 20w check up 2minggu skali. Masuk 32w cek sbulan skali.

VIP Member

ikut mommy la❤️😍 asalkan mommy berkemampuan utk buat 2minggu scan sekali di swasta... ok je... ❤️ yg penting mommy and baby happy and gembira... 👌 asalkan ia x membebankan suami... saya sokong 👌❤️🌹 heheheh

VIP Member

sy pernah gugur then bila pregnant kali kedua sy agak paranoid. memg kerja nak scan je tp takde la sampai 2minggu sekali. sebulan sekali je, once baby dh kick just kira kick baby. yg penting jgn bleeding.

scan baby tak bahaya. bopeh je scan. jangan stress stress ye awak. awak kena happy untuk baby. stress tak bagus untuk kandungan. moga kandungan dan ibu nya sihat selalu sehingga kelahiran nya.

VIP Member

Apa yang saya pernah dipesan ialah. Kita jangan terlalu berharap tapi kita kena percaya. Berharap tu yang akan buat kita sedih . Jadi percayalah kepada Allah.

btul siss yg pegang semua ni allah

Boleh tiada masalah. Cumanya awak kena sentiasa berfikiran positif, no stress, selalu share isi hati dengan suami. Apa apa pun enjoy your pregnancy 🌹

Soalan popular

Artikel Berkaitan