persiapan hospital
Salam mommy smua.. Maaf nk tanya nnt masa g hospital brpa helai bju bby nk kena bawak dan apa lg list brg yg bby n mommy kena bwak ya... #1stbby
Macam sy bawak baju baby dlm 2-3 pasang. Satu nurse akan pakaikan masa lepas baby dah lahir, dlm labour room. Dua lagi spare. Pampers bwk banyak sbb biasa baby dah berak kencing. Kalau rasa nak bwk barut, booties dan mittens boleh, tapi nanti awk kena pakaikan sendiri. Bedung jangan lupa. Dkt hosp nurse akan pakaikan baby baju, bedung dan pampers shj. Lain2 sendiri. Utk mommy pulak akan pakai baju hosp je dari awal masuk wad, dah balik baru pakai baju kita sendiri. Lain2 macam barang2 keperluan awk utk mandi, makan dan minum mcm kurma, biskut. Pad/maternity pad jangan lupa bawak lebih sbb lepas bersalin darah keluar banyak. Jangan lupa kad/sijil nikah, buku pink dan ic.
Baca lagi