Menu satu tahun (berat baby cuma 7.4kg)

Salam mommy. Ada tak menu yg boleh tambahkan berat badan. Saya dah try mcm2 resepi, anak masih refuse untuk makan. Dari biskut craker-cereal-roti-nasi-pasta/spaghetti saya dah try. Semua diluak balik. Biskut jajan even chipsmore/ice cream pun dia tidak mahu. So far yg memang dia nak hanyalah buah tembikai. Sebelum ni ada bagi tempe, dia suka, tpi sekejap ja. Kalau kacang hijau mmg dia tak nak. Saya buntu lah. Susu pun, dia hanya mahu susu badan sahaja. Susu formula mmg tidak mahu. Kalau dari segi lauk, dah try dari masakan berlemak (ayam butter- ayam masak lemak), tomyam, sup, juga tidak mahu. #ingintahu #seriusnanya #firstmom #pleasehelp #firstbaby #bantusharing

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hai sbb anak dah umur 1 tahun dan dah boleh makan makanan keluarga, apa kata awak try makan sama2 dgn dia... waktu makan tu duduk semeja.. waktu dia tengok kita makan pun dia boleh berselera then sambil2 suap makan dia.. lepastu suggestion saya awak masak je makanan sama dgn awak makan utk anak, cuma avoid pedas, salt & sugar..kalau anak tak mau pun x salah u try bagi dia rasa sikit2 makanan u.. then boleh juga bagi anak mandi sabun cacing, disebabkan bawah 2 tahun x boleh makan ubat cacing lagi boleh ikhtiar dgn sabun cacing yg guna herba2 tu boleh cari kat tiktok shop. then avoid bagi susu kenyang2 sebelum waktu makan...

Baca lagi
1y ago

kan..sama la anak saya pun start umur 1 tahun dia xmau dah mknn dia.. skrg saya masak 1 lauk je,lepas tumis ape semua saya asingkan sebelum tambah garam gula, sy pula mmg jenis suka tmbah garam gula last sekali..

ada join group happy baby food kat fb tak? kat situ banyak tips. kena selalu cuci mulut anak. kena tengok juga tekstur makanan, kalau tengah tumbuh gigi boleh cuba bagi bubur balik. ada masa dia nak gigit, kena bagi makanan tekstur kasar/finger food. yg penting kena sentiasa cuba. anak saya pun dalam masa sebulan mcm2 mood dia nak makan. sy try je semua asalkan dia makan 😃

Baca lagi

Saya tukar balik tekstur makanan dia. Saya blend balik.. dlm masa sminggu cemtu dia trus da bole makan nasi butir semula dgn lauk².. sebelum nie ayam pn kene hancur² kan. Keras sikit dia reject tanak mkn terus..

awak cuba masak letak dlm peti sejuk ke, kot dia nak mcm tuh. mcm saya ,saya masak spagheti carbonara, letak cheese n susu fullcream n then siap letak dlm peti sejuk, dia makan.

Sama macam anak saya susah nak makan, then saya ubah cara bagi makan dulu baru susu baru dia makan banyak , anak saya pun taknak susu lain selain susu badan cubalah

1y ago

alhamdulillah. cuma ada masa mmg dia refused untuk makan, dia akan tepis makanan tu, dan akan selak2 baju saya untuk menyusu.