Keputihannn

Salam mommies semua. Saya dari anak dara memang jenis takda keputihan, takda masalah period. Alhamdulillah semua okay. Then lepas kahwin 1-2 bulan pertama tu period agak terabur. Tapi lepastu normal. Then saya pregnant. Cuma sekejap je dapat rasa, dan keguguran. Lepas gugur bulan june haritu, sampai sekarang bulan ogos saya belum period. Keputihan pun banyak. Rimas kadang. Part paling sedih husband tegur sebab berbau time nak bersama. Dah 3 kali nak bersama tak jadi sbb katanya ada bau. Tapi bila saya korek bawah tu takda bau pun 😢 Ada tak mommies yg banyak keputihan lepas gugur or lepas bersalin? Boleh share pengalaman? #firstmom #pleasehelp #bantusharing #ingintahu

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

sy ada keputihan kalau minum/makan manis. so sy tak minum manis dah. sejak sy amal minum air putih, mmg boleh kata takda dah keputihan. kecuali kalau jalan lama2 & terlalu penat. lg satu cara nak kurangkan keputihan is makn plain yoghurt/makan buah tinggi vit c. kalau bab nak bersama, sebelum bersama tu mandi & sabun sikit kt celah2 kangkang tu. jgn sabun dlm vagina pulak, vagina tak perlu sabun. kalau husband jenis suka jilat (maaflah kalau ckp kotor), ckp dgn husband tak payah dulu. tunggu awk sembuh dari keputihan dulu. last choice kalau keputihan tu terlalu byk, busuk & berwarna, boleh gi klinik dptkan nasihat doktor. sbb takut jangkitan kuman. keputihan ni normal selagi kita subur & tak menopos tp kalau sampai mengganggu rutin harian kita, mmg kena cari jalan penyelesaian. moga dipermudahkan.

Baca lagi