11 Balas
Hi mommy! Saya baru bersalin dekat PPUM bulan Mei 2024. Fon boleh je bawa masuk dalam wad macam biasa. Untuk lepas bersalin, suami boleh datang melawat masa waktu melawat sahaja. Suami tak dibenarkan untuk teman di wad. Hanya ibu dan baby sahaja di wad. Takpe, nanti lepas bersalin ada ramai nurse baik2 dekat wad yg puan boleh panggil bila2 masa. InshaAllah nanti nurse akan bantu. Enjoy your pregnancy journey dan semoga dipermudahkan urusan bersalin 😊
Sy bersalin dekat ppum taun lepas. Wad sblm dan selepas bersalin normal bole bawa phone..yg tak boleh wad yg org lps czer tu. Lupe nama wad ape. Waktu melawat ppum 12-2pm & 5-7pm.. selain tu mmg takleh. Lps je bersalin nurse akan urus bby. Nti lama skit nurse htr bby kat mommy..sy bersalin kul4 jd masih tak larat urus bby. Jd nurse akan tlg2 mne yg boleh. Mlm nurse akan jaga bby. Jadi mommy boleh berehat sampai subuh.
hi i besalin kt ppum early march this year , Lr bole bawa phone , kat wad pun bole bawa phone , kat Lr husband bole teman kita , tp tk bole kerap2 keluar from LR , wad pla only u and bby je nnti , nnt husband bole dtg msa melawat 12-2 , 5-7pm , klu ada apa2 pun nnt dia bole je pass brng yg awak nk kt nurse depan tu nnti , lepas tu nurse2 sana semua okay and baik2 ,
lah yeke , payah pulak macam tu . tak balik pun husband nnti akan azan bby dlm LR tu juga , time saya tu , lps dh deliver baby saya kat dlm LR tu pun mcm lama juga la , dorang bersih2 kan baby lagi , take time juga dgn husband apa semua tgk bby ,azan bby then lepas tu husbnd ambk uri bby tu bawa keluar skli , mummies pula nnti kena usung dgn katil2 tu sekali ke wad lps besalin cenggitu
Saya baru lepas bersalin 1.9.2024 aritu. Boleh je bawak phone kat wad. Kat LR xleh bawak phone. Tapi husband datang teman dia bawa je phone kita. Okay je. Cuma lepas bersalin husband boleh dtg waktu melawat je. Nurse2 semua baik2. Mereka sgt membantu
Betul ke ppum? Takut salah nama hospital yang dekat2 singkatan nya. Kawan2 saya bersalin kat ppum pun okay je. Ataupun kawan awak tu ade problem pape kut. Yang kena masuk wad khas ke
Sy ada pengalaman bersalin di PPUM pd tahun 2021. Alhamdulillah hp boleh bawa masuk ward sekali powerbank. Bulan 10 tahun ni...InsyaALLAH sy akan bersalin di PPUM untuk anak yg kedua.
Eh samalah kita bulan 10. Ada tak nampak leaflet hospital checklist dekat kaunter booking tu? Sebab situ dia tulis tak boleh bawak phone. Tp baca komen orang lain yg bersalin 1/9/2024 pon boleh lagi bawak fon pergi wad.
Sy tak bersalin dkt ppum tp pengalaman sy hp mmg tak boleh bwk masuk LR. Lepas bersalin husband dtg waktu melawat shj Moga dipermudahkan urusan bersalin nti😍
Tapi kenapa tak boleh bawak phone dlm wad? Terkejut pulak. Selalu saya dengar LR je tak boleh. Wad boleh lagi. Something new ni
Boleh je bwk fon dlm wad. Cuma hilg tnggjwb sendiri . Selepas waktu melawat husb x leh masuk .. utk jaga privacy pesakit2 wanita lain .
xpasti, sye bersalin dkt hpj 2x, blh je bwk fone & powerbank dkt wad dgn lr. cuma OT room je xboleh.
sy hospital lain tp LR pun boleh letak kat sebelah atas katil je
Pelik juga tu dekat wad takboleh bawa masuk hp.
Itulah. Nak kena cek balik dengan nurse atau staff situ nanti ni.
Rina