apa patut buat?

Salam/Hi mommies , nak tanya kemarin dah 39w so kiranya last review dgn doktor tapi masa otw pg klinik mmg dah rasa sakit area bawah perut so masa smpai ada bagitau doktor sakit area tu . lepas cek dan scan kandungan Alhamdulillah semua okay terus kena buat ctg dan mmg dah ada mild contraction (doktor ckp tu tightening kalau xsalah) . lepas ctg trus doktor cek dah ada bukaan 4cm should be masuk ward la kan kalau dah ada bukaan 4cm tapi contraction xkuat dan air ketuban pun belum pecah . lepas review trus call mak tnya kena msuk hosp dah tapi mak kata tunggu dulu smpai rasa btul2 sakit/ pecah ketuban 😅 sampai ke harini contraction on off dan masih boleh tahan . is it okay? kalau kita rasa nak tnggu dulu sbb baby pun aktif gerak dan tak ada tanda2 lain . terkejut jugala bukaan dah 4cm tapi contraction on off tak sakit dan boleh tahan . ada tak pengalaman mommies mcm ni? #firstbaby #ingintahu #seriusnanya

23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi mommies sedikit update tentang post saya yg ini . Alhamdulillah saya selamat melahirkan baby boy pada 20/08/23 (39w4d) ❤️ sebelum tu terima kasih atas segala nasihat, komen, dan pengalaman mommies semua . 17hb lepas review ada bukaan 4cm saya trus balik rumah 😅🙏🏽 as a 1st time mom mmg agak takut n nervous tapi saya rasa mcm nak tnggu smpai btul2 rasa nak melahirkan . sepanjang 3 hari drumah saya tiada rasa apa2 contraction lagi dan buat aktiviti mcm biasa . 19hb malam tu dlm jam 11pm pg toilet dah ada tanda keluar darah . still tiada contraction . smpailah jam 3am bru rasa contraction tiap minit non stop dah mmg rasa sakit masa ni. so masa tu la saya decide bru pg hospital lps solat subuh . smpai hosp trus masuk PAC doktor cek smua dan pecahkan air ketuban bukaan dah 5cm masa tu trus prepare masuk labor room jam 9am . 10:20am Alhamdulillah selamat melahirkan secara normal 😊

Baca lagi
2y ago

alhamdulillah, hehe kn best tu dapat duk kat rumah (doktor bg green light)... lg selesa dr duk wad