Buah pinggang baby bengkak air

Salam mommies. Nak tanya ada tak mommies yg baby nya pernah dikesan ada buah pinggang bengkak air? Saya buat detail scan kt sonobee masa 18w haritu, sono nampak buah pinggang baby kembang sikit dua2 belah. Baby boy.. ada ke harapan untuk masalah ni hilang sendiri? Nnti apa jd lepas lahir?? #firstbaby #firstmom #pleasehelp #bantusharing

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sama kes baby boy saya. Masa 24 weeks pergi buat details scan dekat sono lepastu detect kidney belah kiri bengkak. Masa checkup dekat KK saya inform Dr. And Dr di KK buat referral letter ke pakar hospital saya choose untuk bersalin. Dr pakar O&G di hospital scan, ye nampak bengkak tapi size yang mild saja. Tapi DR dari O&G tak boleh buat decision itu bahaya or not sebab scan dari perut semasa bersalin tak berapa jelas. Saya tunggu sehingga bersalin, and kena refer dengan PAEDS. Buat ultrasound tengok size 5cm (normal 4cm and below, bahaya if 7cm above). After consultation dengan DR PAEDS case maxam ni common untuk baby boy, tiada ubat dan kena kerap monitor from time to time. Doakan baby saya juga sembuh sihat sepenuhnya. 🙏🏻😔

Baca lagi
1mo ago

Ada, amik dari tangan sahaja. Dont worry, hati ibu kena kental sikit dengar anak nangis tapi inshaAllah semoga sihat nanti

Anak saya masa dalam kandungan takde detect apa2 masalah. Tapi bila dah lahir, kuning dia sebulan masih tinggi. Dr buat bloodtest, urine test, ultrasound, dapat detect ada kuman kat air kencing dia & buah pinggang dia bengkak sikit sebelah. On antibiotik yang paling kuat selama 7 hari. Lepas habis tu buat urine test lagi sekali kuman dah tak ada. Tapi buah pinggang masih bengkak. Dr suggest sunatkan terus baby and repeat ultrasound lepas 6 bulan. Alhamdulillah makin ok. Dr kata banyak kes dr jumpa buah pinggang bengkak ni baby boy. Kalau bengkak sikit2 besar kemungkinan dari kuman. Kalau baby girl buah pinggang bengkak tu perlu risau sikit dr kata sebab baby girl jarang kena jangkitan kuman.

Baca lagi
1y ago

Jd bb puan jasmine sunat awal lah ya masa bb? Ada baca juga di fb mommies mention sunat awal membantu masalah ni.. asalkan ada solution 🥲 terima kasih share pengalaman puan 😊

awak cuba pg scan tmpt lain mksud sy tmpt detail scan yg mmg doc yg scan untuk kepastian. sbb klau ada masalah sono xbleh nk bg keputusan dan report. ataupun awak cuba kol dan survey klinik @ hosp swasta berapa kos dulu berapa at least diorg boleh buat surat refer terus pakar atau ada any solution. Setahu sy sono ni kdg dilatih untuk scan kita sahaja dan bukan dari latarblakang doc. maaf kalau sy salah.

Baca lagi
3mo ago

haha lain macam jgk ek.. yg sy tahu scan 2345D scan biasa tu mana2 klinik blh buat asalkan ada mesin, details scan tak semua klinik ada sono,sono je blh buat details scan ni.

Saya pon baru pi scan kt Sonobee 16w. Dia cakap Ada lebihan air dkt kepala baby. 2 Minggu sebelum tu pi scan kk doktor ckp semua ok jaa takda masalah apa saya pon keliru. Skrg saya betul2 risaukan baby kdg nangis stress pikir. Nnti 20w kena repeat scan dkt kk saya harap semuanya baik2 saja. Begitu juga baby puan kita saling mendoakan Semoga semua sihat dan dipermudahkan 🤲🏼 #firsttimescansonobee

Baca lagi
4mo ago

nak tya puan dah bersalin dah kan..mcmna dgn baby puan ya..

Sy masa detail scan 23weeks pun doc ada ckp baby sy bengkak buah pinggang belah kiri tapi dia akan baik dgn sndiri sebb doc kata normal baby boy mcmni. Btw sy pun baby boy lepastu buat scan bulan2 sekarang ni takde plk doc ckp psal tu, mungkin dah baik agaknya hehe jgn risau tau apa2 tnya doc next check up nnti 🤍

Baca lagi

baby saya pun detect buah pinggang bengkak baby boy masa first scan 20w. pstu dia makin bengkak sampai la latest checkup 22w dia kurang bengkak sikit. 6mm sebelah lagi 5mm. dr ckp tkboleh buat apa. nnti after bersalin kalau bengkak lagi baru refer peads untuk followup.

1y ago

sorry bukan 22w. 32w*

soalan awak ni perlu ajukan kepada nurse dan doctor yg jaga awak. awak inform result detail scan dkt doctor. supaya doctor boleh refer pakar dkt hospital. utk further check. semoga dipermudahkan urusan awak🌻

1y ago

Saya dh highlight dekat misi dn doktor. Appointment hospital pun dh dpt, cuma lambat lg sebulan.. sementara tu nak tanya2 mommies yg berpengalaman di sini 🥺🥺

Awk p scan tmpat lain pulak atau tny pendapat doktor pakar lain..sono yg scan awak tu pelatih je dan mungkin ada kesilapan..

nti kat KK bgtaw doktor haritu sono kata buah pinggang baby bengkak. nti dia scan balik & buat apa yg perlu

slalu nye kne refer pakar.. tp ade jgak kes ble pakar tgk buah pinggang baby xde pape pun..