Kandungan 7 minggu 4 hari

Salam momies . Nak tanya kalau ikutkan date last period saya harini dah 8 minggu 1 hari . Tapi bila scan tapi dr ckp delay 4 hari . Then just nampak kantung sahaja baby tak nampak langsung . Ada yang alami situasi macam saya ke ? Dr pesan scan selepas lagi 2 minggu 😭

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hii! saya last week (khamis) scan nampak kantung kosong juga. dr siap cakap baby tak jadi lagi. habis dah pasrah😅 then this week (selasa) pg klinik untuk amik sample darah. then scan lgi sekali dgn dr lain. terus nampak heartbeat ahahah dr kata bukan salah siapa2. mungkin baby lambat develop sikit. jadi, be positive & banyakkan berdoa🥰 time saya scan hari selasa tu, 7 weeks dr kata hehe & saya period irregular. so mmg kena depend kat scanning untuk tahu minggu

Baca lagi

Sama la macam saya. Last 3 week saya pergi klinik untuk scan pengesahan berapa week saya pregnant. First scan ada kantung je, masih belum dapat ukur berapa week sebab masih kecil. Lepas 2 minggu doctor suruh datang scan lagi sekali. Alhamdulillah 3 hari lepas saya pergi scan dah nampak, doctor dah sah kan saya pregnant 7 weeks 2 days 😊

Baca lagi
2y ago

iya betol..mcm sy ikut last period dh 8w lbh..tp scan doc baru 7w..dh ada kantung,hearbeat

sy pun same sis. . sabtu lepas (3 June 2023) sy sepatutnya da 8weeks 2 days. bila scan, just nmpk kantung 6 weeks 4 days. doc suh repeat scan lagi 2 minggu. hrap de la sinar harapan. doc cakap mgkin ovulation lmbt.

Sama macam saya, semalam pergi check ikutkan 8 week 1 hari, tapi doc cakap 7 week. dan dah ada heart beat. Alhamdulillah.. awak tunggu 1 week lagi ke insyaAllah ada

Sama macam Saya. kalau ikut tarikh period dah 9 week tapi doc scan kata baru 7 week. period inrigular. doc kata ada nampak tapi terlalu Kecik. doakan semoga baby Saya kuat yer

2y ago

Tak ada rezeki Saya bersama baby. baby tunggu ibu kat syurga

Saya pun scan beza 2 minggu dengan tarikh first period. cumanya minggu 7 dah nampak baby & heartbeat. InsyaAllah puan kena positive

Hai mummy…hari ini sy scan pun npk kantung sja..hari ni sy 6 minggu 2 hari..Dr pun suruh dtg 2 minggu lagi

haa sama la dengan sy. kandungan dah 11 week tapi bila scan jadi 9 week.

Ada. Saya hari tu mcm tu juga doc cakap. So nnti 19june ni dtg cek balik.