Tak makan!!!!
salam ibu2. sy preggy 9weeks.. almost 3weeks da x sentuh nasi. makan minum langsung x boleh masuk. tiap hari sy try makan sedikitttttt saja untuk cover lapa. sekarang badan saya lemah sangat.. tak mampu rasanya nak bekerja. perlukah sy refer hospital ya terima kasih.

Salam sejahtera puan, saya amat bersimpati dengan masalah yang puan alami. Masalah mual dan tidak selera makan adalah biasa berlaku pada awal kehamilan. Terdapat ibu hamil yang mengalami situasi yang dipanggil hyperemesis gravidarum yang menyebabkan mereka terlalu kerap muntah sehingga tidak boleh menerima sebarang makanan. Sekiranya situasi anda menyebabkan anda tidak boleh menerima sebarang makanan dan air, sehingga menyebabkan anda tidak mampu melakukan aktiviti seharian, anda disarankan untuk ke klinik terlebih dahulu untuk pemeriksaan tahap kesihatan anda, sekiranya perlu anda akan dirujuk ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Jika tidak perlu, anda mungkin akan dibekalkan dengan ubat tertentu untuk membantu merawat keadaan anda. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Baca lagi