9 Balas

Salam semua ibu yang dikasihi! Memanglah waktunya yang mencabar bila si kecil mula aktif merangkak dan mula bereksplorasi ke seluruh sudut rumah, kan? Terutamanya bila dia suka panjat sana-sini seperti kerusi dan meja. Tentulah membuatkan kita risau akan keselamatannya. Kalau saya, playpen memanglah satu pilihan yang bagus. Playpen boleh jadi ruang selamat untuk si kecil bermain sementara ibu dapat melakukan kerja rumah atau urusan harian yang lain. Ini membolehkan kita menjaga si kecil dengan lebih dekat sementara kita tetap dapat melakukan perkara yang perlu dilakukan. Dengan playpen, kita boleh pastikan lingkungan yang selamat untuk si kecil bereksplorasi tanpa perlu risau dia terjatuh atau tercedera ketika kita sedang sibuk. Tambahan pula, kita boleh memastikan mainan dan aktiviti yang sesuai untuk si kecil dalam playpen. Jadi, ya, saya rasa berbaloi untuk membeli playpen untuk si kecil. Ia memberikan keselesaan dan ketenangan fikiran kepada ibu sementara memastikan keselamatan si kecil. Voucher RM30 off 👉🏻 https://invl.io/cll7hzz

Salam ibu-ibu. Saya faham kebimbangan anda tentang keselamatan bayi anda yang suka merangkak dan memanjat benda-benda di sekeliling. Secara peribadi, saya menggalakkan penggunaan playpen untuk bayi anda. Playpen boleh memberikan ruang yang selamat dan terkawal untuk bayi anda mengeksplorasi dan bermain sementara anda dapat melakukan kerja rumah. Anda juga boleh memastikan kawasan sekeliling playpen bersih dan selamat untuk bayi anda. Sebelum membeli playpen, pastikan ia mempunyai skrin yang kukuh dan selamat, tidak terdapat bahagian yang tajam atau berbahaya, dan mudah dipasang dan dikemas. Jangan biarkan bayi anda sendirian dalam playpen tanpa pengawasan dan pastikan anda sering berinteraksi dengan bayi anda di dalamnya. Saya harap ini membantu! Voucher RM30 off 👉🏻 https://invl.io/cll7hzz

As a working mom, saya letak anak dlm playpen & mainan2 dia. 8-5 mon-fri kerja, jadi paham2 la betapa bertimbunnya kerja kt rumah. Balik dari kerja tu banyak sgt benda nk focus. Masak, basuh, preparations barang hantar anak ke bs esoknya etc. Husband lak balik lewat dari kita. So mmg terus letak anak dlm playpen dia nk main2 ke nk tunggang terbalik ke tidur ke ikut dia. Kita mmg dah busy masak kt dapur sampai maghrib. Kdg lepas maghrib pun kita masih dok basuh baju sidai kain apa semua. Mmg bukan sejenis yg perati anak dpn mata sbb keadaan tk mengizinkan. Yg penting kita kerap lalu lalang tgk dia dlm playpen tu. Kalau takda playpen, sedar2 je member dah kt bawah kerusi la berguling kt lantai dapur la. Risauuuuu

Berbaloi. Anak saya lagi 2 hari nak masuk 11 bulan. Saya menyesal tak beli awal-awal playpen ni masa dia 6 bulan. Sangat berguna untuk safety and senang nak lepas dia main dalam tu. Sejak saya beli playpen ni, cepat sangat perkembangan dia dari segi cruising and berdiri and berjalan unassisted. Saya beli yang besar dengan kecik. Yang besar tu dah patah riuk sebab ada anak kawan datang, dia pijak sampai patah.

playpen ni la saya baru je beli 2nd untuk anak besar luas nak cosleep pun ok , playpen lama saya letgo rasa beli yg ni berbaloi dri beli yg jenis katil , dpt pula harga murah lg rasa baloi 😄

TapFluencer

Berbaloi. Masih guna playpen sejak anak dah mula merangkak. Sekarang dia umur 2 tahun. Mainan pun tak merata sangat letaknya sebab karung mainan dlm playpen. Sepupu dia datang pun main dalam tu. Cuma ruang rumah jadi sempit. 😅 Tetamu datang, bawa masuk playpen dlm bilik. Playpen besarnya hampir sama dgn katil queen size.

saya beli playpen yang besar bukan yg jenis yg mcm katil , lgi berbaloi rasa sebab anak makin buas dah byk kali jatuh , skrng dia main dalam tu saya boleh masak dengan aman plus bila ada playpen ni masuk 1y pun tetap berguna sbb tambah lasak jd berbaloi sgt kalau beli 😁

Even beli playpen pn kna pantau juga ye, sbb ank sis dh start nk memanjat. Klu sy x pernh beli playpen juga, sy try bgi dia apa2 yg boleh distract dia main & sntiasa letak d mna yg sy blh tgk dia

Ya betul, masih kena pantau. Kalau senyap tu, lagi kena pantau. 😀

VIP Member

anak saya 5 org semua duduk dlm playpen. balik kg or pergi holiday pun saya bawa. main sukaneka family day pun saya letak baby dlm playpen tepi padang tp dgn pengawasan adults la ya.

ikut orang. mcm Sy, tak guna pun playpen. cuma pastikan dia sentiasa depan mata.

Soalan popular