First mom bekerja

Salam, harap dapat baca luahan saya ni. Maternity leave saya dah nak habis dan anak pertama saya baru berusia 2 bulan. Masih kecil tapi saya dah kena kembali bekerja 9-5. Mak mertua saya minta saya tinggalkan cucu pertamanya itu padanya sepanjang saya bekerja kerana dia suri rumah dan boleh jaga kan anak saya. Tapi suami dan saya masih belum ada kereta dan susah untuk kami ulang alik hantar anak pada MIL. Jadi dia bagi cadangan untuk tinggalkan sahaja anak saya disitu. Dia terpaksa bagi susu formula dan saya akan jumpa anak saya pada petang lepas pulang kerja sahaja kemudian balik ke rumah kami. Sabtu baru saya akan ambil dia semula dan malam ahad saya hantar dia balik ke rumah MIL. Saya tak pernah suka dengan cadangan tu dan sampai sekarang pun saya tak gembira dengan cadangan tu tapi suami kata kami takda pilihan. Puas saya pujuk untuk bagi cadangan lain tapi tetap berkeras nak guna cadangan itu. Cadangan kedua dia minta saya duduk sekali dengan MIL dan tidur di bilik adik dia. Bayangkan. Terpaksa kongsi bilik dengan adik nya? Dengan anak saya yang akan merengek pukul 3,4 pagi. Sesungguhnya saya dah buntu dan tak tahu nak buat apa. Saya sedih bila memikirkan saya kena berpisah dengan anak saya. Sejak saya mengandungkan dia, tak pernah saya berpisah dengan dia.

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

suka suki dia je bagi cadangan gitu 😂 yang tok laki suka la sebab mak dia willing nak jaga confirm takpayah keluar duit . kalau saya mintak ampun sangat sangat better saya keje bagai nak mati cari duit hantar dekat pengasuh , biar boleh jumpa anak hari hari

VIP Member

jika mmpu try la hntr ke taska berhampiran dgn tmpt puan bkje jika tak snggup berpisah dgn ank.. jnji hntr dkt taska yg ada register dgn jkm incase jd pape dkt bby blh ambil tindakan..mg dpmudahkan segalanya Allahuma aamiin

12h ago

Saya Sokong...

Awak untung mil offer nak jagakan anak awak. Saya ni, warded pun mil tak tanya khabar apa. Cakap pun melalui husband je. Sibuk duk post pasal cucu dia yg sorg lagi. Sedih. Apa2pun semoga dipermudahkan urusan sis ye.

A big no sis, biarlah kite susah dgn anak . jgn tinggalkan anak dgn mil. sis kne tegas sikit. cari pengasuh or taska area sis kerja senang. apa2 hal nnt anak sakit ke ape ke, mudah untk kite berurusan.

8h ago

stuju..

Hantar pengasuh/taska berdaftar.