untuk yg bersalin czer nanti. first sekali saya nak bgtau, bawa satu bantal. ukuran bantal tu xde la kecik sangat. koman2 half bantal tidur kita. tujuan dia? hhaaa. meh nak cite. biasanya lepas je czer, kita akan ada batuk2 sikit. even kita takde batuk2 pun sebelum tu. so, bila kita agak2 rasa nak batuk tu.. duduk atas kerusi, cepat2 ambil bantal tadi dan tekupkan kat perut czer tadi dan badan kita rapatkan. posisi lebih kurang orang rukuk ketika solat atas kerusi. tapi make sure tekan kemas bantal tu ke perut. barulah batuk atau bersin. rasa selesa dan puas hati batuk atau bersin tu. kalau tak buat mcm tu, nanti tempat jahit kita tu rasa tegang semacam. selepas bersalin saya tak beli dah set2 bersalin tu. sebab sebelum tu pernah beli tapi set tu tak guna semua pun. dah la mahal. so lepas tu saya beli apa yg nak guna sahaja. contoh: minyak telon mestika (bau dia sedap). sapu kat kepala ibu bersalin pun rasa best, mandian herba ibu ketika pantang. tungku, tangas semua tu saya cuma panggil orang datang berurut. (kalau saya bersalin normal saya akan ambil pakej tangas. tp czer xambiklah) disebabkan czer, dia cuma urut dan tungku kat lain2 tempat selain tempat czer. dia xusik kat situ. berapa hari eh lepas czer hari tu baru urut. saya dah lupa la. rasanya 3-4 hari juga laa. baru tukang urut datang. untuk sis komfemkan, sis boleh tanya tukang urut tu. berapa hari baru boleh dtg urut. sometimes lain tukang urut, lain cara dia. saya tak ambil mana2 jamu. saya cuma makan suppliment vitamin. blackmores multivitamin, pil minyak ikan, dan makan pati sarang burung tu. kalau nak sedap lagi, beli sarang burung tu dan buat sendiri. ofkos suruh la mak masakkan. takde la p dapur buat sendiri. mmg harga dia agak mahal tp beli sikit udah ler. lebih pio rasa dia berbanding yg dah siap di pasaran. kita boleh ejas, nak kurang manis, atau tambah kurma merah dalam tu sekali. kesan dia lagi wow tau dari kita beli yg pek dah siap2 tu. 😊
saya just sediakan ubat luka dan alcohol swab untuk cuci tempat czer je.. yg lain2 mcm sama jugak rasanya.. dan dah bagitau pada cl saya yg saya czer..
Ms. N