Luka pada area Czer tak kering

Salam, ada tak yg pengalaman luka jahitan czer belah hujung tu luka bulat kecil.? Sy ada luka tu dh nak dekat seminggu tak kering lg, macam mana ya? Dah jumpa doktor, dia ckp luka luar ja dia bg antibiotik/ubt tahan sakit/foban ubat sapu. Tapi sy risau lah tak kering2 ni. Tempat luka pula mmg area lipatan perut susah nak pastikan sentiasa kering, tambah lg sllu bgerak nak jaga baby😩😩. Boleh ke kita letak handyplus dekat area tu?

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi sis. Sy pon czer harini hari ke 11. Alhamdulillah luka baik kering. Sy amalkan selepas mandi wajib keringkan dgn hair dryer. Sis baring then ambil 1 cermin lepastu sis guna hair dryer untuk keringkan dia. Ni optional, sy sapu ubat luka cecair tu guna kapas muka. Then keringkan guna hair dryer sampai betul2 kering. Tapi kalau tak guna cecair untuk luka tu pon takpa. Cuma wajib keringkan betul2. And kalau boleh pakai panties yg pregnant punya yg sampai atas pusat to make sure getah tak kene tempat czer kalau tgh baring/bergerak.

Baca lagi
1y ago

masa sebulan lepas czer hri tu luka ok ja..tp sejak seminggu lepas tiba2 ada luka pla. Sekarang dh makin ok lepas guna ubat sapu + pencuci luka. Harab2 lah cepat kering.

TapFluencer

Pastikan lepas keluar bilik air, kering tempat czer tu. Elakkan makanan manis sbb bakteria suka manis, so penyembuhan lambat baik. Mmg kena slow motion pergerakan. Sy pun mcm tu juga dulu

Baca lagi