tips bukaan 37week

Salam , ada tak tips nak bukaan awal 😭 Harini genap 37week , 27/12/2022 ni cukup 38week kena serah diri . saya kalau boleh taknak beranak paksa . Tapi tu la , berjalan senaman semua saya buat termasuk gymball . tapi masih takda tanda and takda rasa sakit lagi huhu 😭 Boleh tolong doakan saya tak dipermudahkan bukaan bersalin . saya gdm on diet , baby pulak besar , itu kena serah diri 38week tu . #firstbaby #pleasehelp

23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya 39weeks, kena serah diri sebab baby suspect besar and saya tak ada gdm. Mula mula dr plan nak induce, tapi disebabkan pagi tadi check 1-2cm and pukul 12:30 tadi dah 3cm, dr book LR terus. And setakat ni tak perlu induce. Malam tadi saya banyk zikir, doa, exercise sikit. Jalan itik, saya tak buat sebab tak larat. Kalau sis mampu, sis boleh bersama dengan suami.

Baca lagi
3y ago

wahh mudahnya 🤲🏻 Alhamdulilah , semoga saya pun dipermudahkan jugk . suami saya kerja jauh , kalau saya dah masuk hospital baru dia bole cuti 😣 btw tq sis share ❤️