22 Balas
Dulu saya macam ni sis. Sampai setahun lebih. Lagi anak saya dulu jenis tido siang lama malam susah tido. Pukul 3-4 pagi baru tido. Saya la duk menanguk sorang jaga dia. Suami? Penat la esok nak kerja. Nak kena bangun awal. Tapi saya pun seawal pukul 6 dah bangun solat, siap2 kan breakfast suami, masak, mengemas semua. Baru berangan nak tido balik, anak dah bangun. Siang bila anak tido saya kena setelkan kerja rumah. Macamtu je sis ulang2 tiap hari. Dah macam ibu tunggal. Belum cerita anak sampai 3 tahun bangun tiap 1-2 jam nak menyusu. Kalau malam, faham2 jela macam mana tido saya. Kalau tido siang, saya tengah masak kat bawah pun, berlari naik atas susukan kejap. Berlari turun naik tiap hari dah biasa 😌 Saya pernah je fikir penat sangat hidup macam ni tiap2 hari. Takde perubahan. Nak me time pun tak dapat. Kalau sakit pun takde mc. Jeles tengok suami sakit badan sikit boleh mc. Mc pun duduk rumah memang takde buat apa tengok tv, makan, tido. Saya demam suhu 39 pun gagahkan diri jaga anak. Tapi 1 je sis yang saya fikir. Kalau saya tak ada, mampu ke orang lain jaga anak saya macam mana saya jaga dia. Sayang anak saya macam mana saya sayang dia. Siapa boleh yakinkan saya yang anak saya akan berada di tangan orang yang betul bila ketiadaan saya nanti. Kesian kat anak sis. Dia perlukan seorang ibu untuk membesar. Saya membesar tanpa ayah. Tapi bersyukur masih ada ibu. Yang banyak berkorban membesarkan saya seorang diri. Saya dah di diagnose dengan mild depression pun sis. Apa yang dr suruh saya buat, slow talk dengan suami. Minta dia ambil alih tugas saya sehariii je. Tujuan untuk dia faham dan tau yang surirumah ni pun penat. Bukan dia saja yang penat bekerja. Lepas buat tu, Alhamdulillah suami banyak sangat membantu. Sekarang dah ada anak ke 2 pun, kalau tengah malam anak meragam dia yang cepat2 bangun tenangkan anak bawa anak keluar bilik sebab takut kacau tido anak pertama. Semoga sis terus kuat ya. Bukan untuk diri sendiri pun. Tolong lah kuat untuk anak. Sis perlukan seseorang untuk meluahkan. Jangan simpan pendam sorang2. Kalau boleh, luahkan kat suami. Kuat ya sis 😊
Kalau puan rasa puan perlukan pertolongan, cari lah pertolongan. Berbincang dengan suami untuk cari jalan penyelesaian. Kalau dia tak membantu/ dia punca puan rasa macam ni, cari lah jalan penyelesaian yang lain - berbincang dengan orang lain yang puan lebih selesa/ cari pakar. Belajar la cara untuk train tidur anak, tukar rutin anak2 agar kita ada masa untuk diri sendiri. Kalau mampu, hantar dekat nursery atau upah sesiapa yang puan kenal dan selesa untuk jagakan anak2 sementara puan berehat atau self reward i.e. keluar jalan2 3 minggu sekali. Apabila kita dah jadi seorang ibu, kita perlu utamakan emosi kita sendiri berbanding orang lain termasuklah anak2. Sebab cuma ibu yang mampu untuk uruskan anak2 dan hal2 rumah. Awak jangan lah hanya bergelumang dalam kesedihan tanpa cari jalan keluar sebab nanti lebih memudaratkan. Macam mana nak kuat kalau kita tak ada effort untuk ubah/keluar dari sesuatu situasi? Start lah dengan sesuatu yang boleh naikkan keyakinan diri, make an effort utk berubah/ ubah situasi. Jangan terlalu bergantung pada suami kalau suami adalah seorang yang tak pernah atau memang taknak membantu walaupun selepas berbincang bersama. Berdiri lah di atas kaki sendiri. Find reasons to stay strong. Look at your children and the people who love you. They should be the reason for you to become stronger. Start with something. Don’t wallow in self pity without doing anything.
Sis.. awk x boleh mcm ni.. tak ada ibu lain yg terbaik selain diri kite. saya pernah alami, anak tdo pkol 4 5 pg. pjj dgn suami. wlupn tggl dgn parents, tp xmmbantu sgt. dgn saya keje nye lg. balik dr rumah settlekan smua kperluan anak. msk mknn anak tiap2 hri sb anak sy msa 6bln ke atas xsuka mknn frozen. mlm ni msk utk esk. gitu la hari2. sidai baju, uruskan anak pnya keperluan tanpa suami. emo sgt. stress sgt2 sb anak jns berjaga malam. plg awal tdo pkol 2pg. esknya keje.. kalau saya ambil cuti pn saya x blh berehat. hampir tiap2 hr kalau buaikan anak tu menitik air mata. sblm tdo pn menangis teresak esak. rsa diri tak berguna. slalu rasa nk marah anak.. o xnk anak. tp bila fkir balik n muhasabah diri.. sy doa pd Allah jgn tarik nyawa saya msa anak2 sy kck lg. ksian diorg. x de sape blh syg anak kte slain diri kte. be strong sis. jgn mgalah. kuatkan smgt wlpn rasa mcm 1 dunia x pdulikan kte. moga sis dberikan kekuatan fizikal n mental. aamiin.
Saya faham awak. Saya pun rasa begitu juga, semua yg saya buat dipersalahkan, dengan kekurangan wang nya, tapi bila memikirkan utk tinggalkan anak, ya Allah, tak sampai hati sgt sgt, terbayang muka anak mencari cari kita, sebab hanya KITA yang selalu tidurkan dia, yang selalu dengar rengekkan dia, yang faham dengan dia, Memang betul, saya dah tak dapat tidur malam dah lama sangat, sedang suami dan anak lena dibuai mimpi saya masih berjaga utk buat kerja rumah yang tertangguh, sakit sakit badan jangan cakap lah, bila nak berehat tiba tiba anak dah celik mata , Allahu takde masa untuk diri sendiri, semua masa untuk orang lain. Tapi bila melihat anak tersenyum dan ketawa, saya terlupa sedikit akan beban yg ditanggung. InsyaAllah semua Mama boleh, semua Mama kuat,walaupun ujian kita berbeza, kita tetap kena sabar ❤
Saya pun kadang2 rasa macam sis. Tapi saya jahat sikit, saya fikir nak cerai dan larikan diri. Saya working mum. Lepas stress kerja, balik rumah kena buat kerja rumah, sediakan makanan anak. Duit saya banyak yang belanjakan kat anak, saya rindu masa dulu ada duit beli sedikit barang sendiri. Saya penat buat kerja rumah sorang2. Semua ni saya ceritakan kat suami. Dia tak marah, dia cuba tolong. Saya dah tak breastfeed, jadi sekarang suami saya yg akan bangun waktu malam utk susukan anak supaya saya dpt tidur yg secukupnya. Kalau ada duit lebih, dia akan bagi saya sedikit. Sekarang masih penat, tapi tak sampai tahap tak tahan dan nak larikan diri. Dulu penat dan marah sgt, sampai benci tengok muka anak dan suami. Skrg, dah okay. Sis cuba minta suami tolong. Kalau tinggal dgn keluarga, minta bantuan mereka.
Awak apa pun jadi, susah mana pun dugaan. Sentiasa lah fikir anak anak sebagai penguat semangat. Jika awak takda, siapa tempat diorang nak berpijak? Kesian anak anak. Takda siapa yang boleh sayang anak anak kita selain kasih sayang seorang ibu. Kuat mana pun dugaan and ujian. Tolong bertahan utk anak anak. InsyaAllah segala perngorbanan seorang ibu akan dibalas syurga kelak. Saya doakan awak dipermudahkan segala urusan ya. Terus kuat berjuang mama.
Sayu hati saya tengok tangan kecil yg kuat menggenggam jari awak. Semoga awak terus kuat hadapi segala dugaan dan ujian.
apa pun terjadi. berjuanglah utk anak. sbb anak tak kenal sesiapa selain mak. umur2 mcm ni anak sgt2 perlukan bau mak, kehangatan mak. sy faham perasaan awk,tp skrg sejak ada anak. sy dah berubah, dulu rasa sy sanggup mati demi anak. tp skrg sy sanggup HIDUP DEMI ANAK. sy berjuang demi anak je, takde sbb lain. anaklah penyelamat sy. smg awk dipermudahkan urusan,dilapangkan dada 🌸
jika puan beragama islam ..bykkn brzikir...dan dgr ayat suci Al-Quran..on je sntiasa... bg elakkn diri kita dr trus rs depresi serta hilang smgt dan kewarasan dlm berfikir dan melakukan pape tindakan...risau sy kalau puan otw nk alami mslh meroyan..bahaya utk puan..plz dptkn rawatan kadar segera..supaya blh hindar puan dr melakukan prkara tak spttnya..kuatkn smgt k...with big hug❤️
Sis ingat mati tu senang? Tak sis... bayangkan saja pun dah rasa tak sanggup sebenarnya. Sy doakan sis diberi kekuatan dan kesembuhan dari kelukaan hati yg pling dalam. Dalam keadaan sekarang sebenarnya no words matters anymore sebab sis perlukan kesembuhan dari punca kesakitan sis tu sahaja. Terus kuat. Hanya itu yg mampu sy cakapkan. Hugs from afar
Terkadang kalau kita terasa dengan suami ,orang sekeliling sampai kita rasa lebih baik kita sendiri dan menyendiri ingtlah yang anak ii sentiasa perlukan kita ...kasih sayang dari mamanya ...sentuhan mama adalah satu kekuatan ,ketenangan ,kebahagian pada mereka ,jika mama pergi bagaimana dngn mereka?orang lain takkan sama ...
Nurul Hidayah Salim