external cephalic version (ECV) prosedur pusingkan baby songsang (breech) kepada position cephalic

saje nak share pengalaman buat ECV. baru je lepas buat prosedur ni semalam. pregnancy dah masuk ngam 37 weeks juga semalam. sebelum prosedur tu mmg macam macam blood test kena buat. lepastu akan kena buat ECG( check jantung). kalau result semua cun, baru dr akan proceed untuk procedur ECV ( pusingkan baby dari breech position( songsang) ke cephalic position. by the way, sebelum procedur juga. mommies perlu puasa sekurang kurangnya 6 jam untuk preparation kalau kalau perlu proceed emergency czer lepas buat procedur ECV masa prosedur pulak, dr akan bagi ubat untuk lembutkan rahim, tapi ubat tu mmg akan buat jantung mommies jadi laju. thats why perlu buat ecg( check jantung) dulu sebelum buat procedur pusingkan baby. masa prosedur pulak, setiap orang rasa dia tak sama. bagi saya masa prosedur pusingkan baby tu memang terasa sakit sangat masa pusingkan baby sebab perut saya terlalu sempit dan tak ada ruang. ini jugak salah satu punca kenapa kepala baby tak boleh masuk ke laluan dia nak keluar tu secara natural. tapi mommies tak perlu risau. dr akan stop sekejap untuk bg mommies bertenang kalau rasa sakit. prosedur ni ambik masa sekejap je. dalam 10 ke 15 minit tapi bergantung pada keadaan. untuk pengalaman saya sendiri, lepas buat ECV tu mmg menggigil satu badan sebab terasa sakit sgt. tp mcm saya ckp, saya terasa sakit sebab perut terlalu sempit. jd tekanan masa pusingkan baby tu akan terasa kuat. siap je procedur, mommies terus kena baring untuk nak check CTG pula. dr akan monitor dulu pergerakan dan jantung baby. kalau prosedur berjaya lepastu bolehlah bersalin secara normal. untuk pengalaman saya, lepas buat procedur tu saya terasa ada contraction selepas dalam sejam siap pusingkan baby. tapi alhamdulillah, cuma false contraction saja. harini pulak saya cuma terasa sakit sikit dekat bahagian ari ari mungkin disebabkan tekanan masa pusingkan baby semalam. terima kasih mommies yang sudi baca pengalaman saya sampai habis.

8 Balas

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan