slip disc mum

Pregnant Mommy & Slipped Disc Assalamualaikum W.B.T... Bismillahhirrahmannirrahim... In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful... Bingkisan selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabatnya.... Slipped Disc?? what is slipped disc actually??? ok let me explain to all of you meyh... a cartilaginous disc between vertebrae in the spine that is displaced or partly protruding, pressing on nearby nerves and causing back pain or sciatica. Ini maksudnya... meh aku explain dalam melayunya... Slipped Disc adalah satu istilah yang digunakan dalam dunia perubatan terhadap kecederaan yang biasa berlaku terhadap tulang belakang. Secara ringkasnya ‘Slipped Disc’ bermaksud disc pada tulang belakang  terbonjol atau tergelongsor keluar sehingga menekan urat saraf pada saraf tunjang. Selain ‘slipped disc’, gejala ini juga dipanggil ‘Herniated Disc’, Ruptured Disc’ atau PID (Prolapsed Intervetebral Disc). Read more http://www.mamakayvitamin.com/apakah-itu-slipped-disc-dan-bagaimana-mengurangkan-risikonya/  Tapi hari ini aku bukan nak cerita detail sakit slipped disc ni...sebab aku bukan doktor pakar tulang yang arif dalam bidang ni...Cuma hari ini aku ingin berkongsi pengalaman aku sebagai pesakit slipped disc yang mengandung... Orang selalu ingat orang slipped disc ni tak boleh mengandung.. dan ade jugak orang yang berfikir time bersama suami akan sakit... itu semua ortodok semata2...  Buktinya sekarang aku mengandung sudah dua bulan..dan aku bunting pelamin...bukan untuk riak...tidak sama sekali cume aku nak tegaskan disini bahawasanya ini semua kuasa Allah...siapa kite untuk terus membuat konklusi bahawa orang slipped disc tidak boleh mengandung...nehiiii... ingat KUNFAYAKUN... Allah kata jadi maka jadilah ia... ini semua dengan izin Allah... Cuma pesakit slipped disc ni berisiko tinggi dalam mengandung...maksud aku...sakitnya melebihi sakit manusia normal mengandung... jika orang yang normal rase sakit belakang time mengandung macam horror....kami ni yang dah sememangnya mempunyai sakit dibahagian itu ditambah dengan bebanan yang dikandung sakitnya menjadi triple. kenapa aku kate triple...sebab kami langsung tak boleh amek ubat sewaktu slipped disc menyerang... no "acustop" untuk ditampal bagi mengurangkan sakit... no painkiller.. yang hanya mampu dibuat adalah letah beg panas...tapiiiiiiiiiii perut dah membesar boleh ke nak meniarap...untuk letak beg panas kene meniarap... so renung2kanlah... and plus one more thing... kami sama sekali tidak boleh amek ephidural bile time sakit contraction...so bertahanlah sehingga ke titisan terakhir...Allah... Ni pengalaman aku di awal trimester pertama..jarang2 sekali slipped disc menyerang... ni kire alhamdulillah jarang2 sekali berlaku..sebab sebelum aku berkahwin..aku telah mengambil suntikan steroid...kenapa aku amek steroid...sewaktu itu muscle aku membengkak dan telah menekan urat saraf di bahagian tulang belakang aku..dan doktor menasihati aku untuk mengambil steroid..alhamdulillah dengan izin Allah it reduce all my pain.. Slipped disc ni xde ubat specific yer tok baik..hanya dengan mencegah dari sakit sahaja yang mampu...melainkan dengan kuasa Allah S.W.T ianya akan baik dengan sendirinya... Semalam malam aku diserang slipped disc..yes memang menangis menahan sakit..and ape yang kami suami isteri buat untuk kurangkan sakit...suami telah memanaskan beg panas dan meletakkan di bahagian slipped disc aku...sekejap je aku mampu meniarap..yela perut pun dah semakin besar...dan selebihnya aku baring atas beg pansa itu...tawakal jela...dengan izin Allah..alhamdulillah kurangla sakit aku dan dapatla aku tidur...terima kasih suami... Oh ye...orang kate mengandung tak elok baring je kejenye...tapi tidak untuk orang yang mempunyai slipped disc...kami digalakkan untuk banyak mase baring dari duduk...selalunya masuk 3rd trimester orang2 yang mempunyai slipped disc akan bed ridden... doktor akan suruh berbaring lebih dari segalanya...memang kene rest... bukan faktor kami ni mengada2..lembik lemah dan sebagainya...tapi ini adalah cara therapy  untuk kami bagi mengelakkan sakit menjadi lebih teruk... so bagi yang belum berkahwin yang mempunyai slipped disc make sure ur future spouse tu paham sakit awok yer...  Kenapa aku sanggup amek risiko untuk mengandung sedangkan aku tahu sakit yang bakal dihadapi? pertama kerana fungsi sebuah perkahwinan adalah untuk menambahkan umat Nabi Muhammad.. Kedua tiada seorang manusia pun bile berkahwin tidak mahu dikurniakan zuriat.. ketiga doa anak yang soleh yang mampu menemani kite dari seksaan kubur.. keempat mati ketika melahirkan zuriat dikire mati syahid...kelima kerana aku sayangkan kanak2 dan aku nak merasai jerit perih mengandung selama 9 bulan... keenam inilah pengorbanan aku untuk suami yang tercinta mengandungkan zuriatnya dan seterusnya bertarung melahirkan zuriatnya...biarlah aku bergalang nyawa asalkan aku dapat menghadiahkan suamiku seorang anak... dan yang terakhir... kerana aku yakin setiap pemberian Allah itu kepadaku kerana aku mampu untuk menggalasnya..aku mampu melawan kesakitan yang mencabar ini...inshaallah...Allah tidak akan menguji aku dengan sesuatu yang diluar kemampuanku... Allah itukan Maha Penyanyang... Last sekali doakan aku dipermudahkan dalam tempoh mengandung dan melahirkan little caliph ini ke dunia yang fana ini... Aamiin ya rabb...

12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya scoliosis dan skrg preggy masuk 5 bulan.

apa khabar mummy dah bersalin?