pantang
pihak keluarga langsung tak bg sy makan buah , sayur , ikan dan ayam .. hanya dibenarkan makan nasi , ikan bilis goreng dan kicap sepanjang tempoh berpantang dgn alasan taknak bg badan ibu gemok/kembang , nak nangis rasanya ? ibu2 makan apa ya masa pantang ? #day4pantang #normal
cakap baik2 & beri mereka pemahaman tentang bepantang pada mereka itu lebih baik. Kondisi badan kita tak sama dengan ibu, kakak adik perempuan atau mertua kita. Kita sendiri yang perlu bagi pemahaman & cari ilmu. Buat persediaan sebelum menghadapi nya daru segi tanya pakar, banyakan membaca, tanya pada orang2 yang berpengalaman. Ikan, sayur, ayam, daging itu semua benda yang memberi khasiat pada ibu & anak.. So pemilihan jenis ikan, sayur, buah buahan serta ayam daging itu penting agar badan kita rasi.. Ada sesetengah orang tak boleh makan sayur2 yang berangin, ikan2 yang berbisa.. Benda2 makanan yang sejuk elakan. Saya memilih bepantang cara tradisional & cara moden.. Jaga emosi semasa bepantang InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar. Maklumlah time tu emosi serta fizikal kita baru nak pulih
Baca lagiSalam puan, dalam pantang ni kita kena makan makanan yg berkhasiat. Ini untuk kembalikan dan pulihkan luka2 dalaman kita. Selain itu, ini juga dapat membantu kita produce susu untuk baby. Kalau kita makan makanan yg tidak cukup zat & khasiat, macam mana nk kembali sihat, macam mana nk jaga baby? , dan macam mana nk bg susu yg berkhasiat utk baby. Nak berak pun susah nanti, sbb xmakan sayur, buah. Blh jd sembelit. Apa yg puan blh buat, Nanti nurse dtg check up, masuk bilik, bgtahu dgn nurse keadaan puan. Maybe bila nurse yg terangkan dekat family, diorang blh faham. Puan jugak blh Google dan tunjukkan pada suami. Saya doakan , family puan akan faham dan keadaan menjadi lebih mudah utk puan. 💜💜💜
Baca lagisusahnye nk berak klu xbleh mkn sayur , buah..suami x blh tolong ke sis? mkn senyap2 dlm blik..suami pun kne byk membaca..blh sembelit tu sis klu tu je kne makan..minum air byk2 ye..sy pantang baru ni makan nasik kosong ikan bakar..ade buah2..roti pun makan je..ikan ayam daging sy makan je..tp xde la makan bertambah tambah..sy pun pelik laa dgn org skrg ni , suka sgt body shaming..nk kne kurus mcm mane lg tah pas bersalin..klu sblm mengandung baju dah size L,pas bersalin nk suh kurus mcm size xs, xke susah..bleh pkai size M pun da kira ok😏😏
Baca lagi2 minggu awal saya banyak ambil maknan yang lembut seperti susu, oat, bubur (pelbagaikan campur dengan sayur & ikan) , buah oren. Lepas tu baru start nasi, ikan bakar, ayam bakar, sayur sawi, pak choi, sawi, serunding (halia+ikan bilis+bawang putih). Setiap hari saya akan ambil susu & oat pagi & malam untuk buat saya kenyang. Tempoh berpantang pun saya panjangkan dari 44 ke 100 hari supaya badan pulih dengan baik. Alhamdulillah ni cara pantang saya & pengalaman yang saya tak kan lupakan.. Hehehe
Baca lagiBadan kembang ke gemuk ke tu no 2..yg penting kena mkn makanan yg sihat..makan sayur buah ikan ayam utk banyakan susu,utk elakan sembelit kita pun bertenaga tak lah lembik masa dlm pantang..nak jaga diri lagi nak jaga ank lagi😄..kurus sgt pun tak cantik jugak klu badan tak sihat..susah jugak klu org tua yg nak kita ikut mcm pantang style dulu2..boleh mkn ayam ikan..tumis sawi
Baca lagiSy masa berpantang ni main dish ikan tenggiri dan sayur sawi.. ade makan buah oren sunkist.. bilis goreng, bawang putih goreng.. air masak 2-3 liter sehari. ayam pun lepas Day 20 baru berani makan.. Makanan masa berpantang ni kena berkhasiat. Sbb kite nak pulihkan tenaga and breastfeed baby. Kesian baby nnti kalau susu xbanyak..
Baca lagiSis xckp ke kt fmily xboleh mkn kicap nt parut jd hitam? 🤦 Susah la klu family yg ikut je org2 dlu ckp...kalau sembelit nt x ke perit nk meneran? Nk kurus, lepas habis pantang pun blh kurus. Buah kan penting utk rawat luka dalaman? Xkan tu pun family awk xtahu 🤦 Aiyaa sis sabar la..mkn sorok2 suh husband buatkan.
Baca lagisayur n ikan tu sumber protein n mudahkan ibu menghasilkn susu n pencernaan ok.. alahaii biar benar kalau yer pn nk bg kurus... huhu actually sayur tu bgus taw.. slh info ni fmly awak dpt.. awak kena google n tnjuk dkt dorg... ikuti dkt fb Dr Imelda Balchin or Dr Muhammad Izzat.. dorg doktor pakar sakit puan..
Baca lagiSis ngamuk je kt family. Apa punya ajaran la sayur buah protein xleh mkn. Merepek je. Pastu gi bg mkn kicap pulak tu. Dorg nk naya sis ke apa. Eh geram pulak dgr. Sis jgn dok pendam2. Pegi bg tau family sis xnk mcm ni. Kalau xnk bg tau sudah, yg merana sis. Tanggung je la kalau nk pendam2. Tu je blh ckp.
Baca lagiMak sy ank 8.mak jaga sy pntang relax je.dia msk sdp2 lg.ikan stim.ayam msk blckpepper.mcm2 lg.then sayur wajib ada.sayur yg berkuah.sup ikan semua sy mkn ms pntg.tp mak just bgtau cara mkn je.hirup sup/kuah tp jgn letak di nasi.sy mkn anggur jg ms pntang.aiyo matila kalau semua x bole mkn sis.
Momma to three