3966 respon

0-3 bulan. Kerana anak prolonged jaundice. Bila hanya minum susu badan saya, anak berak 1 kali dalam masa 7 hari. Kemudian berak 1 kali lagi selang 14 hari. Kemudian berak 1 kali lagi 7 hari seterusnya. Jaundice / kuning dia lambat turun sebab dia kurang berak. Tu terpaksa bagi susu formula. Lepas kuning dia start turun, saya pula terkena gegata. Dalam tempoh sebelum habis pantang. Gegata / gatal2 dekat badan yg saya alami 2 - 3 minggu lamanya. Seksa sangat dan sengsara. Gatal merenyam sampai tak boleh tidur, asyik nak menggaru je. 5 kali lebih ulang alik beberapa klinik yg berbeza. Ubat makan, ubat sapu semua tak jalan. Last2 saya ambil I injection dan doktor bagi ubat makan yg kuat punya, mengandung steriod. Lepas saya makan ubat tu, tak dibenarkan susukan anak selama 3 jam lepas makan. Dugaan yang memaksa beli formula milk kepada anak. Selain tu, susu badan saya pun drop. #TAPsupermoms #TAPactiveusers
Baca lagi


