Permulaaan tahun baru 2020, syarikat Nestle telah melangkah lebih ke hadapan dengan memperkenalkan NANKID OPTIPRO yang baru dengan formulasi yang telah dipertingkatkan. Apa yang lebih menarik lagi ciptaan terhebat ini boleh didapati secara eksklusif di LAZADA.
Pelancaran kempen ‘Discover Amazing Possible’ menggalakkan ibu bapa supaya membantu anak-anak untuk menyedari kehebatan diri si manja itu sendiri. NANKID OPTIPRO bukan sahaja kaya dengan nutrisi, ia juga dibangunkan melalui formula sains yang penuh dengan berjuta-juta prebiotik dan revolusi baharu.
Ia terdiri dengan bahan-bahan campuran antaranya ialah 2’ FL oligosaccharide iaitu sejenis karbohidrat untuk mengawal laktosa bagi menguatkan fungsi usus anak-anak.
Bahkan, bagus untuk menguatkan dinding usus, meningkatkan bakteria baik serta menyingkirkan bakteria jahat.
Kajian lebih 30 tahun NANKID OPTIPRO baharu ini menunjukkan keseimbangan dalam pembentukan bakteria baik mampu membantu proses penghadaman dalam usus anak-anak serta meningkatkan sistem imunisasi.
Menurut Pengurus Pemasaran Nestle Nutrition Malaysia, Jasmin Estacio berkata,“Sistem ketahanan tubuh badan anak-anak penting terutamanya bagi si manja yang semakin meningkat usia.’’
Dengan membantu anak-anak mempertingkatkan sistem ketahanan diri mereka, sekaligus mendorong anak menerokai dunia dengan penuh aktif selaras dengan objektif kempen ‘Discover Amazing Possible’.
Di Nestle, kami percaya anak- anak patut diberi peluang untuk memperoleh yang terbaik dalam diri mereka melalui sokongan keluarga dan kehadiran NANKID OPTIPRO. Melalui kempen ini, ibu ayah dapat melihat perkembangan anak dalam menjelajah dunia tanpa sempadan.
NANKID OPTIPRO pertama kali dibawakan secara eksklusif yang boleh didapati di LAZADA. Ia juga sebagai langkah baru untuk eCommerce bagi memastikan susu betul-betul asli terus kepada pengguna. Susu yang tulen akan mempunyai tarikh luput tidak lebih dari 7 bulan dari tarikh ia dihantar kepada anda.
Tidak cukup dengan itu, kami sedia memberikan pulangan wang kepada pelanggan sekiranya didapati susu itu tidak asli. Bersempena dengan kehadiran Lazada Lunar Year pada 13-15 Januari 2020 ini, NANKID OPTIPRO telah menyediakan baucar diskaun sebanyak 18% bagi setiap pembelian (selagi stok masih ada). Kini NANKID OPTIPRO telah berada di Lazada dan boleh didapati dengan segera.
Untuk informasi lanjut, anda boleh layari www.nestle.com.my atau layari akaun rasmi Nestle di www.facebook.com/NestleMalaysia