Jom Utamakan Sistem Pertahanan Badan Anak Dengan Kempen Similac ® Millions Of Moms

Dalam tahun pertama kanak-kanak sememangnya sangat penting untuk menjaga tumbesaran keseluruhan mereka kerana 85% perkembangan otak anak berlaku pada tiga tahun pertama ini. Oleh sebab itu, ibu bapa harus memastikan kanak-kanak kekal sihat sepanjang tempoh ini bagi membantu mereka mencapai potensi pembelajaran yang sepenuhnya. Bagi mencapai sasaran tersebut, Abbott memperkenalkan susu kanak-kanak yang diperbuat dengan 2'- fukosillaktosa (2'FL) iaitu ramuan khas yang menyokong pembangunan sistem pertahanan badan yang kuat. Maka, Abbott kini melancarkan kempen Similac Millions of Moms di Malaysia bagi menghimpunkan ibu bapa yang mempunyai pandangan yang sama dalam usaha memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Mengelakkan penyakit dan mendorong pembelajaran lebih cepat Seperti yang kita tahu, penyakit merupakan tekanan yang boleh mengganggu pembelajaran kanak-kanak sekaligus menjejaskan perkembangan mereka. Bagi kanak-kanak yang bersekolah dan setiap hari jatuh sakit, ia boleh menjejaskan pembelajaran, tumbesaran dan potensi perkembangan mereka. Menurut kajian, sistem pertahanan badan kanak-kanak mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan otak. Ini kerana, sistem pertahanan badan yang kuat membawa kepada tahap pembelajaran dan kefahaman yang tinggi bagi membantu anak belajar dengan lebih pantas. Menurut Dr Nina Mazera Mohd Said, Pengarah Perubatan Nutrisi Abbott, kira-kira 70% sistem pertahanan badan wujud dalam usus. Jadi, menerusi nutrisi yang baik dengan ramuan yang disokong secara saintifik seperti 2'-FL yang bertindak sebagai prebiotik yang membekalkan khasiat kepada bakteria baik yang ditemui dalam usus sambil memastikan sistem penghadaman kanak-kanak jadi sihat. Aboott merupakan syarikat pertama di Malaysia yang membawakan 2'FL ini dalam susu kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas. Lebih menarik lagi, Similac Gold dengan 2'-FL ini adalah satu-satunya susu kanak-kanak dengan Sistem Nutrisi Eye-Q yang terbukti secara saintifik dengan 10 nutrien penting termasuklah DHA, Lutein dan Vitamin E. Similac ® Gain Plus Gold dengan 2’-FL dan Gain Kid Gold dengan 2’-FL boleh didapati di semua farmasi, pasar raya, pasar raya besar, kedai ubat cina, shopee dan Lazada.

Jom Utamakan Sistem Pertahanan Badan Anak Dengan Kempen Similac ® Millions Of Moms
1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Dah try, anak sy suka! Laju habis minum sebotol 😁😁