Persediaan untuk kehamilan kali pertama.
Kami baru 6 bulan berkahwin. Sekarang, ingin dapatkan anak sebelum ini tidak pernah mencuba. Perlukah kita jumpa dgn Doktor sebelum mencuba untuk mendapatkan anak? Adakah apa-apa ujian yang perlu dilakukan sebelum mencuba? Apakah persediaan yang Kita perlu ambil sebelum mencuba? #firstmom #barukahwin
Setiap kali bersama itulah percubaannya kalau berhasil,x pernah mencuba tu yg mcm mana? Adakah xpernah bersama @ menggunakan kondom @ meletakkan air mani suami diluar? BTW 6 months maish awal doktor akan suggest cuba dulu kalau dlm setahun gagal baru dia akan buat check up antaranya check tiub fallopio, cek kedudukan rahim, cek hormon, cek saiz telur, cek kadar pH lendir vagina takut ada yg jenis mengalami keputihan tu dia jenis bunuh sperm lelaki, cek kualiti sperma suami. Ini pengalaman kami TTC for 12yrs 6 kali gugur & hampir nk buat IVF on 2020 tp xjd sbb dilanda COVID,alhamdulillah now we hv 2 babies secara semula jd asbab PKP sonjg COVID. So sy rasa faktor dia Salah satunya kesibukan kerja, inner stress yg kita x perasan akan affect hormon & kualiti benih lelaki & perempuan. Time PKP tu baru merasa xde stress so that's the point rezeki Allah bagi kami.
Baca lagiTak pernah cuba dlm tempoh 6 bulan? Maka kerapkan bersama selang sehari atau selang 2 hari. Kalau bersama tiap2 hari,kualiti sperma kurang. Makan asid folic. Isteri kena tahu dan kenal waktu dan tanda subur. Kedua- dua suami isteri amalkan gaya hidup dan pemakanan sihat dan elakkan stress. Banyakkan doa dan sedekah, jika muslim , istighfar banyak2. Jika tak berhasil, kedua- dua buat ujian kesuburan dan ikut nasihat doktor.
Baca lagikalau dh 2 tahun kawin, boleh pegi jumpe doctor utk buat check kesuburan dulu. pegi sekali dgn husband. husband pon kena check jugak sekali, sperm count, sperm quality. dri situ nnti kalau ade mslh doctor akan bgi next step. sometimes, bukan kita yg ade mslh but husband sperm count yg xckup or abnormality sperm.
Baca lagiKena tgk byk aspek sis.. kalau pengalaman sy kerja la kan, kalau gov/swasta ni biasa dia nak kita dah setahun ke atas kawin.. tp kalau tgk faktor umur, mungkin akan ada solution lebih rapid mcm cek kesuburan tu suggest utk iui dulu/ yg kes² tertentu utk ivf terus ke.. apa pun blh consultation dulu dgn pakar ok
Baca lagiKalau concern dengan kesuburan diri n suami boleh je pergi klinik yg buat medical checkup khusus utk kesuburan. Utk nak check kut2 ada masalah yg kita tak sedar. Sy buat juga. Tp less than a year kahwin bg sy belum perlu risau kalau period regular
kalau nak ikhtiar utk hamil, 3 bulan awal dah ambil folic acid. contoh bulan 1-3 ambil folic acid, bulan 4 try utk hamil. folic acid sngt pntg utk tumbesaran janin
kalau takde masalah boleh amalkan folic acid 2@3 Bulan before .. inshaallah, folic acid membantu mengeluarkan telur yg cantik .. krg ckit risiko gugur & sebagainya
cuba dulu ikut waktu kesuburan etc pakai opk kalau nak detect waktu subur. kalau tak jadi jugak dalam masa sebulan-3bulan boleh je check 😬
umur puan brapa? klu 30 keatas 6 bulan usia perkahwinan dah buli jumpa dktr sbnrnya..
Perlu. Klu dh berkahwin beberapa ketika tp masih x berjaya lg.